Cara Refund Tiket ETS Online 2026: Panduan Lengkap Guna KITS (Elak Rugi) •Bagasi Rosak Selepas Flight? Ini Cara Claim Ganti Rugi Di Airport (Panduan Lengkap 2026) •Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara: Cara Semak Status Cukai LHDN & Elak Kena Tahan Di Airport •Tak Pandai Masak? Ini Cara Jadi Vendor Makanan 2026 Yang Menguntungkan •Cara Beli Rumah Tanpa Modal 2026: Teknik Full Loan, KWSP & Skim Kerajaan (Panduan Lengkap) • Cara Refund Tiket ETS Online 2026: Panduan Lengkap Guna KITS (Elak Rugi) •Bagasi Rosak Selepas Flight? Ini Cara Claim Ganti Rugi Di Airport (Panduan Lengkap 2026) •Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara: Cara Semak Status Cukai LHDN & Elak Kena Tahan Di Airport •Tak Pandai Masak? Ini Cara Jadi Vendor Makanan 2026 Yang Menguntungkan •Cara Beli Rumah Tanpa Modal 2026: Teknik Full Loan, KWSP & Skim Kerajaan (Panduan Lengkap) •

Bantuan Persekolahan RM200 Oleh MEDAC Buat Pelajar B40 & Pelajar Terlibat Banjir Sarawak

Oleh Cikgu Shaari • February 25, 2021 • 1 min baca

Bantuan Persekolahan RM200 Oleh MEDAC Buat Pelajar B40 & Pelajar Terlibat Banjir Sarawak
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menerusi Yayasan Bank Rakyat (YBR) memperuntukkan RM400,000 untuk disumbangkan kepada pelajar dari keluarga golongan B40 yang bakal menghadiri pembukaan semula sekolah pada 4 Mac ini.

Peruntukan tersebut dikatakan turut disumbangkan kepada golongan miskin yang terkesan dengan bencana banjir yang berlaku pada awal Januari lali.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pemberian bantuan persekolahan MEDAC.

KADAR BANTUAN

Pelajar daripada keluarga B40 yang layak akan menerima bantuan berjumlah:

  • RM200 secara one-off setiap orang

Pemberian bantuan tersebut merangkumi pembelian baju, kasut dan beg sekolah.

PELAJAR TERLIBAT

Sumbangan ini melibatkan:

  • 1,000 orang pelajar di sekitar kawasan Sarawak sempena dengan Program Kembali ke Sekolah YBR
  • Keluarga yang dikenal pasti terkesan akibat kemusnahan dan kerosakan harta benda daripada musibah banjir
  • 500 keluarga mangsa banjir di sekitar Sarawak

Peruntukan sebanyak RM100,000 lagi akan diberikan kepada keluarga mangsa banjir yang terlibat di seluruh negara.

Melalui sumbangan ini juga diharapkan dapat membantu meringankan beban keluarga dalam menyediakan kelengkapan perekolahan anak-anak mereka bagi sesi pengajaran & pembelajara (P&P) dalam sesi persekolahan kelak

Diharapkan lebih banyak entiti korporat dan organisasi lain dapat turut sama membantu dalam memberi bantuan-bantuan sebegini. Ini membuktikan syarikat-syarikat korporat turut mengambil berat terhadap mereka yang memerlukan.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.