Senarai Program Sarjana Psikologi Di Malaysia Yang Mendapat Akreditasi Penuh

Bidang psikologi adalah antara bidang yang popular dan mendapat perhatian daripada kalangan anak muda di Malaysia. Ramai juga yang mempunyai keinginan untuk menceburi bidang psikologi selepas tamat sekolah. Namun tak ramai yang tahu laluan-laluan kerjaya selepas tamat belajar dalam bidang psikologi ini.

Banyak sebenarnya laluan kerjaya, nak jadi cikgu pun boleh tau! Graduan lulusan psikologi ada pilihan untuk terus sambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi ataupun berhenti dan mulakan kerjaya. Nak tahu laluan kerjaya yang boleh diceburi untuk pelajar bidang psikologi?

Rujuk: Laluan Kerjaya Bidang Psikologi Yang Ramai Tak Tahu. Nak Jadi Guru/ Pensyarah Pun Boleh

Bagi yang nak sambung pengajian lebih tinggi dalam program sarjana psikologi, anda boleh rujuk senarai program sarjana psikologi di Malaysia yang diiktiraf boleh anda jadikan rujukan.

SENARAI PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI DI MALAYSIA

Dipaparkan senarai program sarjana program psikologi di Malaysia (secara turutan rambang). Nama program (nomenclature) adalah seperti yang dihantar kepada Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualification Agency MQA):

Sarjana Psikologi (Umum)

Sama ada sarjana sains, sarjana sastera, sarjana sains sosial, sarjana sains kemanusiaan, sarjana psikologi, atau sarjana falsafah. Spesialisasi (kalau ada) tidak dinyatakan di skrol.

  • Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)
  • Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur (Kampus Induk)
  • International Islamic University Malaysia (IIUM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • University Nottingham Malaysia
  • Open University Malaysia (OUM)
  • Sunway University
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)

Sarjana Psikologi Klinikal (Clinical Psychology)

  • University of Cyberjaya
  • Help University
  • UCSI
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Cawangan KL
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM), Cawangan Kubang Kerian

Sarjana Psikologi Kaunseling (Counseling Psychology) (bawah kod NEC 311)

  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  •  Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Sarjana Psikologi Industri/ Organisasi (INdustrial/ Organizational Psychology)

  • Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Kampus Perak

Sarjana Psikologi Kanak-kanak (Child Psycology)

  • UCSI

Sarjana Psikologi Perniagaan

  • Heriot-Watt University

Sarjana Psikologi Pengurusan (Management Psycology)

  • Help University
  • University Nottingham Malaysia

Sarjana Psikologi Gunaan Dalam Kejurulatihan

  • Help University

Sarjana Psikologi Yang Dapat Akreditasi Semenantara

Senarai program sarjana yang baru mendapat akreditasi sementara (tidak tersenarai di laman web MQA) setakat yang saya tahu. Akan dikemaskini dari masa ke semasa:

  • International Islamic University Malaysia (IIUM)
    1. Sarjana psikologi industri dan organisasi
    2. Sarjana psikologi perkembangan

Sarjana Psikologi Bukan Bawah Kos Psikologi NEC 311

Senarai program sarjana yang bukan bawah kod psikologi NEC 311. Akan dikemaskini dari masa ke semasa.

  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM):
    1. Sarjana psikologi Industri dan Organisasi

NOTA PENTING

  • Sila rujuk pihak kolej/universiti berkenaan untuk perincian atau sama ada program masih aktif ditawarkan. Pastikan adakah ia program kerja kursus (by coursework) program bercampur (mixed-mode) atau program kajian sepenuhnya (by research) dan ketahui perbezaannya. Ini hanya data daripada laman web MQA.
  • Apabila siapnya standard program psikologi MQA edisi kedua tahun ini, beberapa kolej/universiti perlu membuat pengubahsuaian program ataupun membatalkan program lama dan membuat permohonan program baru untuk mematuhi syarat yang ditetapkan oleh MQA.
  • Menjadi tanggungjawab anda untuk membuat kajian (homework) untuk memilih bukan sahaja program tapi kolej/universiti yang bersesuaian dengan kemampuan, minat, aspirasi, lokasi, dan kewangan anda. Setiap program mempunyai kelebihan/kekurangan yang tersendiri. Dan setiap program boleh berubah kualitinya atas pelbagai faktor seperti kurikulum yang tidak terkini, fasiliti yang tidak terkini, pensyarah yang bertukar ganti, pelajar yang terlalu ramai, dan faktor kewangan kolej/universiti.
  • Penamaan program dalam rekod MQA mungkin berbeza dengan penamaan program yang diiklankan oleh kolej/universiti. Yang diterima dan tetap adalah yang direkodkan di MQA. Sebarang penamaan baru oleh pihak kolej/universiti perlu dibuat permohonan dengan MQA sebelum diaudit untuk tujuan akreditasi atau diaudit jika mendapat aduan pemegang taruh. Pastikan program psikologi di kolej/universiti tersebut bukan sahaja mendapat akreditasi MQA, tapi sentiasa mematuhi syarat-syarat MQA setelah mendapat akreditasi.
  • Program yang menerima graduan sarjanamuda non-psikologi tanpa mensyaratkan pemohon untuk belajar 15 subjek pra-syarat psikologi sebelum memulakan pengajian sarjana telah melanggar syarat MQA dan berisiko akreditasi ditarik balik dan akan memangsakan pelajar. Pastikan kolej/universiti tersebut mewajibkan 15 subjek pra-syarat kepada pemohon berkaitan.
  •  Sesetengah program psikologi tidak didaftarkan di bawah kod psikologi 311 dalam rekod MQA. Contohnya: Psikologi pendidikan di bawah kod bidang pendidikan, psikologi sukan di bawah kod sains sukan dan psikologi kaunseling di bawah kod kerja sosial dan kaunseling. Program semumpama ini tidak dibuat penilaian berdasarkan standard program psikologi MQA. Biasanya program ini tidak bertujuan melahirkan ahli psikologi, kecuali pelajarnya sudah mempunyai sarjanamuda psikologi daripada asal lagi. Jika program yang anda cari tiada dalam senarai, kemungkinan besar program tersebut tidak didaftarkan di bawah kod bidang psikologi, tapi kod bidang lain dalam rekod MQA. Ataupun program tersebut baru mendapat akreditasi sementara dan belum mendapat akreditasi penuh daripada MQA.

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma