Bajet 2023: Senarai Bantuan Kerajaan Buat Semua Kategori, RM2,500 Buat Isi Rumah

Mesyuarat Kabinet telah memutuskan Belanjawan 2023 yang sepatutnya dibentangkan pada 28 Oktober 2022 akan dibentangkan 3 minggu lebih awal dari tarikh tersebut. Perkara itu disahkan dan diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Pembentangan Bajet 2023 pada bulan Oktober ini akan terus memberi penekanan kepada kebajikan Keluarga Malaysia dan juga kesediaan negara berdepan kemungkinan krisis ekonomi global yang lebih mencabar berbanding sebelum ini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan tarikh rasmi pembentangan Belanjawan 2023 dan senarai inisiatif yang diumumumkan oleh kerajaan dalam Belanjawan 2023.

TARIKH RASMI PEMBENTANGAN BELANJAWAN 2023

Mesyuarat Kabinet telah memutuskan Belanjawan 2023 yang sepatutnya dibentangkan pada 28 Oktober 2022 akan dibentangkan 3 minggu lebih awal iaitu:

  • Tarikh pembentangan Belanjawan 2023: 7 Oktober 2022

FOKUS UTAMA BAJET 2023

Fokus Pertama adalah Kesejahteraan Rakyat. Ia akan dilaksanakan melalui tiga (3) Strategi iaitu:

  • Memelihara Kebajikan Rakyat
  • Mengutamakan Keluarga Malaysia
  • Membina Kehidupan Kondusif

Fokus Kedua Bajet 2023 pula adalah Kelangsungan Perniagaan. Ia akan dilaksanakan melalui tiga (3) Strategi iaitu:

  • Mempermudah Aktiviti Perniagaan
  • Merancak Pelaburan dan Perdagangan
  • Menyokong Industri Tumpuan

Bagi memastikan kadar inflasi di tahap terkawal, Fokus Ketiga Bajet 2023 ialah Kemakmuran Ekonomi, yang akan dilaksanakan melalui tiga (3) Strategi iaitu:

  • Konsolidasi Fiskal dan Kemampanan Hasil
  • Meneruskan Projek Infrastruktur Negara
  • Mengungguli Agenda Kelestarian

Bajet 2023 dirangka bagi terus mencapai matlamat Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12). Oleh itu, Fokus Keempat Bajet 2023 ialah Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan, yang akan dilaksanakan melalui tiga (3) Strategi iaitu:

  • Memperkukuh Perkhidmatan Utama
  • Membina Daya Tahan Negara
  • Penyampaian Perkhidmatan Awam Terbaik

SENARAI BANTUAN BARU KERAJAAN BAJET 2023

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma