SemakSYARAT UiTM: Cara Semak Kelayakan Masuk UiTM Dengan Masukkan Keputusan SPM
Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM telah mewujudkan sistem semakSYARAT yang terbaharu bagi tujuan menyemak syarat kemasukan ke UiTM. Ianya lebih mudah diakses dan difahami. Hanya masukkan keputusan peperiksaan dan dapatkan senarai program yang layak untuk dimohon.
Semakan syarat kelayakan anda berdasarkan keputusan SPM/ STPM/ STAM/ Matrikulasi/ Diploma IPT lain. Bagi yang berminat nak sambung pengajian di UiTM, anda boleh semak syarat kelayakan sekarang melalui sistem semakSYARAT ini.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan panduan membuat semakan syarat melalui semakSYARAT.
Isi Kandungan
KEMUDAHAN SEMAKSYARAT UITM
Kemudahan semakSYARAT UiTM boleh diakses melalui saluran berikut:
- Laman web semakSYARAT di pautan (www.selangkah.uitm.edu.my/)
LANGKAH SEMAKAN SYARAT UITM MELALUI SEMAKSYARAT
Berikut adalah langkah membuat semakan syarat kelayakan program UiTM di aplikasi atau laman web melalui semakSYARAT:
- Buka aplikasi semakSYARAT di telefon pintar (Google Chrome di Android & Safari di iOS).
- Buka menu dan tekan pilihan Semak Syarat
- Pilih Peringkat Pengajian & Kategori dan isi ruangan yang disediakan
- Tekan butang Semak
- Hasil semakan menunjukkan bilangan program yang layak dimohon. Tekan nama program untuk maklumat lanjut
- Paparan rekod semakan yang lalu boleh diakses pada bila-bila masa
Baca juga: Panduan Terkini Guna Kalkulator Merit Untuk Lepasan SPM
Untuk makluman anda, semakan syarat kelayakan program pada sistem ini adalah berdasarkan kelayakan akademik sahaja. Penawaran ke program yang terlibat adalah mengikut kaedah meritokrasi.
Bagi yang sedang mencari biasiswa terbaik untuk sambung belajar, anda boleh rujuk Senarai 14 Biasiswa Terbaik Yang Boleh Dimohon.