Semakan Temuduga Kemasukan Program Matrikulasi KPM Jurusan Perakaunan Profesional

Penubuhan Program Matrikulasi KPM bermula hasil daripada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 Mac 1999 sebagai persediaan pelajar bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama di universiti awam (UA) dalam bidang sains, teknologi dan profesional.

Mulai sesi 2003/2004, 10 peratus daripada keseluruhan pelajar Program Matrikulasi KPM ditawarkan kepada pelajar bukan bumiputera. Program ini menawarkan pendidikan yang menyeluruh merangkumi bidang akademik dan pembangunan kemahiran insaniah.

Bagi kemasukan calon lepasan SPM 2020, calon yang telah memohon Jurusan Perakaunan Profesional boleh membuat semakan panggilan temuduga di laman web yang disediakan.

TARIKH PENTING TEMUDUGA PROGRAM MATRIKULASI

Berikut adalah tarikh penting kemasukan ke Program Matrikulasi KPM Jurusan Perakaunan Profesional:

  • Semakan temuduga: 19 Mei 2021 (12.30 tengah hari)
  • Temuduga: 24 Mei 2021

PEMILIHAN PELAJAR JPPRO

Pemilihan pelajar Jurusan Perakaunan Profesional dibuat berdasarkan:

  • Kelulusan syarat kemasukan Program Matrikulasi KPM
  • Pengiraan merit mengambil kira 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum
  • Lulus ujian aptitud dan temuduga secara dalam talian
  • Hanya ditawarkan kepada pelajar Bumiputera

KEISTIMEWAAN JPPRO

Pelajar akan mengikuti JPPro di KMS selama 1 tahun, dan akan menyambung pengajian di UiTM selama 2 1/2 tahun. Antara keistimewaan mengikuti pengajian JPPro adalah:

  • Certified Accountant (Akauntan bertauliah) pada umur 25 tahun
  • Kerjasama dengan UiTM, ACCA Malaysia dan diiktiraf oleh ACCA Global
  • Telah menandatangani MOU dengan ACCA Malaysia pada Julai 2019.
  • Pelajar tamat dengan Sijil Matrikulasi dan kelayakan menyambung pengajian dalam bidang perakaunan professional di UiTM.

CARA BUAT SEMAKAN

Calon yang memohon Jurusan Perakaunan Profesional boleh membuat semakan panggilan temuduga pada tarikh yang ditetapkan dengan langkah berikut:

  1. Pergi ke pautan matrikulasi.moe.gov.my
    Semakan Temuduga Kemasukan Program Matrikulasi KPM Jurusan Perakaunan Profesional
  2. Klik Semakan Temuduga JPPro di bahagian kiri kotak pilihan
    Semakan Temuduga Kemasukan Program Matrikulasi KPM Jurusan Perakaunan Profesional
  3. Masukkan nombor kad pengenalan dan klik SEMAK
  4. Maklumat temuduga akan dipaparkan

Calon yang terpilih untuk ditemu duga juga akan dihubungi melalui email yang telah didaftarkan di dalam borang permohonan. Calon perlu lulus ujian aptitud dan temuduga sebelum ditawarkan untuk mengikuti JPPro.

Untuk maklumat lanjut berkenaan kemasukan Program Matrikulasi KPM 2021, anda boleh rujuk di bawah:

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma