Cara Buat Semakan Status Permohonan MyKad Melalui SMS Dengan Mudah

Anda baru sahaja memohon gantian kad pengenalan? Terkini! Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyediakan kemudahan semakan permohonan MyKad melalui SMS bagi memudahkan orang ramai membuat semakan status semasa permohonan gantian kad pengenalan. Mudahlah urusan anda selepas ini!

Anda hanya perlu hadir ke JPN untuk dapatkan kad pengenalan yang baru setelah kad pengenalan anda siap. Macam mana nak tahu dah siap? Anda boleh semak di laman rasmi yang disediakan atau melalui SMS sahaja.

Individu yang ingin membuat gantian kad pengenalan boleh mohon melalui beberapa kaedah. Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut cara buat permohonan gantian kad pengenalan dan membuat semakan status permohonan MyKad melalui SMS.

Baca juga: Apa Itu MyKad, MyPR dan MyKas? Ini Perbezaan Yang Warganegara Malaysia Kena Tahu

CARA MOHON GANTIAN KAD PENGENALAN

Orang ramai boleh buat permohonan gantian kad pengenalan dengan beberapa kaedah berikut:

Gantian Kad Pengenalan 30 Minit

JPN ada menyediakan perkhidmatan gantian kad pengenalan sepantas 30 minit. Mudah! Anda boleh buat janji temu untuk hadir ke JPN terpilih ini untuk gantian kad pengenalan 30 minit:

senarai KAUNTER JPN – GANTI MYKAD 30 MINIT

Mohon Gantian Kad Pengenalan Melalui Panggilan Telefon

Tak perlu susah-susah isi borang di kaunter atau isi borang secara online. Call sahaja dan ambil kad pengenalan anda setelah siap.

Rujuk: Panduan Permohonan Gantian Kad Pengenalan Melalui Panggilan Telefon

Mohon Gantian Kad Pengenalan Secara Online

JPN ada menyediakan perkhidmatan permohonan gantian kad pengenalan secara online dengan mudah bagi gantian:

  • Gantian biasa
  • Gantian cip/ kad rosak
  • Gantian kehilangan

Rujuk: Panduan Buat Permohonan Gantian Kad Pengenalan Secara Online

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN MYKAD MELALUI SMS

Semakan status permohonan MyKad boleh dibuat melalui SMS dengan ikut panduan berikut:

  1. Taip JPN <Jarak> MYKAD <Jarak> NO. KAD PENGENALAN 
  2. Hantarkan SMS tersebut ke talian 15888
Contohnya: JPN MYKAD 9911239981888
Caj penghantaran dikenakan sebanyak RM0.15 dan caj penerimaan sebanyak RM0.20 bagi setiap SMS semakan status permohonan.

Selain daripada semakan melalui SMS, orang ramai juga boleh semak secara online melalui sistem semakan yang disediakan.

Rujuk: Sistem Semakan Permohonan MyKad/ MyPR/ MyKAS Online: Cara Buat Semakan Permohonan Gantian Kad Pengenalan

Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma