Tawaran Biasiswa Yayasan DayaDiri Untuk Pengajian Di IPTA

Panggilan buat lepasan pra-universiti/ Diploma yang nak sambung pengajian ke peringkat lebih tinggi! Jika anda berminat untuk sambung pengajian ke peringkat Ijazah di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan memerlukan biasiswa pengajian, anda boleh mohon Biasiswa Yayasan DayaDiri.

Yayasan DayaDiri menawarkan biasiswa kepada pelajar dari golongan B40 yang berkelayakan. Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui pautan yang diberikan selewat-lewatnya 30 September 2021.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan Biasiswa Yayasan Daya Diri untuk pengajian di IPTA.

TAWARAN BIASISWA

Yayasan DayaDiri akan membiayai calon yang berkelayakan dari segi:

  • Yuran Pengajian
  • Perbelanjaan sara hidup sepenuhnya

INSTITUSI PENGAJIAN YANG LAYAK

Yayasan DayaDiri menawarkan tajaan untuk pelajar- pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran Tahun Pertama ATAU Tahun Kedua di peringkat sarjana muda di institusi pengajian tinggi awam berikut:

  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

SYARAT KELAYAKAN

Pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Bumiputera Malaysia
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,850 sebulan
  • Telah mendapat tawaran kemasukan ke mana-mana institusi yang dinyatakan atau telah mulakan tahun pertama pengajian
  • Minimum CGPA 3.0 di pra-universiti atau semester pertama ijazah
  • Aktif dalam akademik dan kokurikulum
  • Memenuhi ciri peribadi dan kriteria pemilihan yang diperlukan
  • Minimum PNGK 3.0 untuk pengajian pra-universiti/ diploma/ STPM bagi pemohon yang akan memasuki Tahun Pertama, ATAU minimum PNGK 3.0 untuk
  • Tahun Pertama bagi pemohon yang akan memasuki pengajian sarjana muda Tahun Kedua;
  • Belum mendapat biasiswa daripada badan- badan lain; dan
  • Memenuhi ciri-ciri peribadi yang dikehendaki dan kriteria pemilihan lain.

DOKUMEN DIPERLUKAN

Permohonan mestilah dihantar bersama salinan dokumen-dokumen berikut:

  • Gambar passport
  • Kad Pengenalan diri
  • Sijil Kelahiran
  • Surat tawaran dari institusi pengajian
  • Transkrip akademik (Pra-Universiti/ Diploma)
  • Keputusan peperiksaan SPM/ PT3/ UPSR/ peperiksaan berkaitan
  • Slip gaji/ surat akuan pendapatan ibu bapa
  • Surat kematian ibu/ bapa (jika berkaitan)

CARA MOHON

Calon yang berkelayakan dan berminat untuk mohon biasiswa yang ditawarkan boleh buat permohonan selewat-lewatnya 30 September 2021. Permohonan boleh dibuat secara online melalui pautan berikut:

MOHON BIASISWA YAYASAN DAYADIRI

Hanya pemohon yang disenaraipendek sahaja akan dimaklumkan melalui email atau panggilan telefon dalam masa 4 minggu selepas tarikh tutup permohonan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh baca FAQs atau hubungi Yayasan DayaDiri di talian 03 2380 6430.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma