Cara Buat Semakan Permohonan i-Sinar KWSP Kategori 2 Mulai 8 Februari
Seperti yang diumumkan, permohonan pengeluaran i-sinar KWSP bagi kategori 1 kini telah dibuka secara online melalui laman isinar.kwsp.gov.my manakala bagi kategori 2 akan dibuka pada 11 Januari 2021.
Pemohon yang telah membuat permohonan pasti sudah tidak sabar untuk semak status permohonan i-Sinar kan? Dengan harapan permohonan diluluskan dan boleh buat pengeluaran i-sinar bagi membantu meneruskan kehidupan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk semak tarikh semakan status permohonan i-sinar dan panduan lengkap membuat semakan status permohonan i-sinar.
Isi Kandungan
TARIKH SEMAKAN PERMOHONAN i-SINAR KWSP
Tarikh semakan permohonan i-Sinar KWSP bagi kedua-dua kategori adalah seperti berikut:
Kategori 1:
- Tarikh semakan status permohonan i-sinar: 4 Januari 2021
Kategori 2:
- Tarikh semakan status permohonan i-sinar: 8 Februari 2021
Baca juga: i-Sinar: Tempoh Diambil Untuk Kelulusan & Duit Masuk Bagi Permohonan Baru i-Sinar
CARA BUAT SEMAKAN PERMOHONAN i-SINAR
Berikut adalah panduan membuat semakan status permohonan i-Sinar KWSP:
- Pergi ke laman web isinar.kwsp.gov.my
- Klik butang SEMAK STATUS
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan disediakan
- Klik SEMAK
Status permohonan i-sinar anda akan dipaparkan. Pembayaran pertama akan mula dibuat seperti jadual pembayaran i-sinar yang ditetapkan. Pembayaran bagi permohonan yang layak akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.
Rujuk: Tarikh Bayaran Kedua i-Sinar Dikreditkan Ke Akaun Bank Mengikut Tarikh Bayaran Pertama
Untuk maklumat lanjut berkaitan pengeluaran i-Sinar, anda boleh terus hubungi talian 03 8922 4848 pada jam 8 pagi hingga 8 malam.