Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

ePengambilan PDRM: Semakan Status Kelayakan Pengambilan Khas Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki/Wanita)

Oleh Cikgu Shaari • September 23, 2021 • 2 min baca

ePengambilan PDRM: Semakan Status Kelayakan Pengambilan Khas Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki/Wanita)
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini telah membuka permohonan pengambilan khas jawatan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki/ Wanita) bukan warganegara berumur 18 tahun dan ke atas yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan. Calon yang berminat nak jadi anggota polis, inilah peluang anda!

Bagi calon yang dah berjaya hantar permohonan, anda dinasihatkan untuk sentiasa ambil perhatian dengan tarikh-tarikh penting yang dikeluarkan. Semakan kelayakan untuk menduduki  ujian temu duga lisan boleh dibuat tidak lama lagi.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui tarikh semakan calon layak bagi pengambilan khas bukan bumiputera jawatan Konstabel Polis Gred YA1 dan cara buat semakan.

Baca: Syarat & Cara Mohon Jawatan Konstabel Polis YA1 PDRM Dengan Kelayakan Minima SPM

TARIKH SEMAKAN KELAYAKAN

Semakan status calon yang layak dipanggil Eksesais Pemeriksaan Ujian Fizikal bagi pengambilan khas jawatan Konstabel Polis Gred YA1 tahun 2021 boleh dibuat pada:

  • 27 September 2021 hingga 17 Oktober 2021

CARA BUAT SEMAKAN STATUS

Semua calon bagi jawatan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki/ Wanita) tahun 2021 dikehendaki log in di Sistem e-Pengambilan PDRM untuk membuat semakan:

  1. Pergi ke laman https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/
  2. Log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan sebelum ini
  3. Klik di Semakan Status Permohonan dan klik Semak untuk ketahui status panggilan Eksesais Temu Duga Lisan

Semua calon yang telah tersenarai dan dipanggil hendaklah menyediakan dokumen-dokumen seperti di dalam Surat Panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung di talian help desk 03-22668348/8350/8351 seperti yang tertera di Info IG dan FB Unit Pengambilan PDRM

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.