Permohonan Jawatan Konstabel Polis Gred YT1 Kini Dibuka Bagi Lepasan PT3/PMR

Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini membuka permohonan jawatan Konstabel Polis Gred YT1 bagi lepasan PT3 atau PMR yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan bermula 16 November 2020 sehingga 30 November 2020.

Calon diminta untuk semak syarat-syarat kelayakan disenaraikan dibawah sebelum memohon.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui syarat-syarat kelayakan dan cara membuat permohonan jawatan.

SYARAT PERMOHONAN

Berikut adalah syarat-syarat permohonan yang perlu dipenuhi oleh individu yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan.

Syarat Umum

  • Terdiri dari Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh permohonan secara online

Syarat Kelayakan Akademik

  1. Lulus PT3/PMR kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YT1 : RM 1,220.00]; dan
  2. PMR: Kepujian dalam Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dan Lulus empat mata pelajaran lain termasuk Matematik dengan Gred D
  3. Kepujian dalam Bahasa Melayu Ujian Bertulis dan Bahasa Melayu (Lisan) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dan empat mata pelajaran lain termasuk Matematik dengan Gred E

Syarat Kelayakan Fizikal

Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-

  • Tinggi sekurang-kurangnya 163 cm (lelaki) ;
  • Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki);
  • Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • Ukuran lilitan dada biasa 81 cm (normal) dan semasa menarik nafas 86 cm (lelaki sahaja);
  • Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan;
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).

DESKRIPSI TUGAS

Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik,Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam, Cawangan Khas, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard , Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Logistik dan Teknologi serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.

Antara tugas tersebut adalah:

  • mentadbir,
  • merancang pencegahan jenayah,
  • menyiasat,
  • menangkap dan mendakwa,
  • mengatur kawalan trafik,
  • mengumpul risikan,
  • menyediakan peralatan dan perhubungan,
  • rondaan mencegah jenayah, mengawal,
  • mengiring pesalah-pesalah serta
  • mengawal dan mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara

KELAYAKAN GAJI

Kelayakan gaji bagi Gred YT1 adalah seperti berikut:

  • Gaji minimum : RM1,220.00
  • Gaji maksimum : RM2,748.00
  • Kadar kenaikan gaji tahunan: RM85.00

ELAUN DAN KEMUDAHAN

Antara elaun dan kemudahan yang disediakan bagi pemegang jawatan ini adalah:

  • Elaun Tetap Perumahan : RM 350
  • Elaun Cola : RM100 – RM 350
  • Elaun Khidmat Awam : RM 95
  • Elaun Khas PDRM : RM 200
  • Elaun Seragam PRP/ Konstabel : RM 690
  • Elaun Kasut : RM 300

Bayaran Insentif Wilayah (Bertugas ke Sabah/Sarawak dan sebaliknya) diberi berdasarkan peratusan gaji yang diterima

CARA MEMOHON

Permohonan jawatan Konstabel Polis Gred YT1 boleh dilakukan secara atas talian mulai 16 November hingga 30 November 2020 seperti berikut:

  1. Layari laman web ePengambilan PDRM
  2. Untuk permohonan kali pertama, pemohon mestilah daftar akaun dengan membuat Pendaftaran Baru
    Permohonan Jawatan Konstabel Polis Gred YA1 PDRM Kini Dibuka Bagi Lepasan SPM / SVM
  3. Isi maklumat pendaftaran dengan lengkap dan pastikan alamat email yang digunakan adalah email yang aktif
  4. Setelah selesai pendaftaran, log masuk seperti biasa
  5. Buat permohonan jawatan yang ditawarkan

Untuk pernyataan lanjut mengenai penawaran jawatan, anda boleh terus ajukan ke Unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia di Talian Help Desk 03 2266 8345 / 8350 / 8351.

MOHON SEKARANG

Permohonan Jawatan Konstabel Polis Gred YT1 Kini Dibuka Bagi Lepasan PT3/PMR

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma