Semakan Status Permohonan BPN 2.0 Kini Dibuka. Yang Tak Lulus Boleh Buat Rayuan

Bagi individu yang sudah pernah membuat permohonan dan telah terima bayaran BPN yang sebelum ini, anda sudah tidak perlu membuat sebarang permohonan baharu. Hanya individu yang belum pernah terima BPN sahaja perlu buat permohonan baharu.

Jika anda sudah pernah terima BPN, anda kini boleh buat semakan status permohonan dan jumlah bayaran BPN 2.0 yang akan diterima. Individu yang tidak lulus boleh buat rayuan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut semakan status permohonan dan rayuan BPN 2.0.

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BPN 2.0

Penerima yang layak menerima BPN 2.0 boleh membuat semakan status mulai 15 Oktober 2020 di Portal Rasmi BPN:

Semakan Status Permohonan BPN 2.0 Kini Dibuka. Yang Tak Lulus Boleh Buat Rayuan

Anda hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan dan Klik CARI. Status permohonan akan dipaparkan.

Sekiranya anda LULUS, jumlah bayaran BPN 1.0 yang telah diterima dan BPN 2.0 yang akan diterima dipaparkan.

RAYUAN / PERMOHONAN BARU BPN 2.0

Sekiranya anda mendapati status permohonan anda TIDAK LULUS atau GAGAL, anda boleh buat permohonan baru yang dibuka hari ini. Individu yang belum pernah menerima BPN 2.0 juga perlu membuat permohonan baharu di pautan berikut:

Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan klik CARI. Butang PERMOHONAN BARU akan disediakan untuk anda buat permohonan.

TARIKH BAYARAN BPN 2.0

Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 kepada pemohon yang layak akan dilakukan secara ansuran sebanyak 2 kali.

  • Bayaran Pertama: Hujung bulan Oktober 2020
  • Bayaran Kedua: Januari 2021

Pembayaran pada tarikh yang ditetapkan akan dibayar dengan kaedah yang disediakan.

Baca: Kaedah Bayaran BPN 2.0 Bagi Pemohon Yang Layak Mulai Hujung Bulan Oktober

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma