Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) • Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) •

Tawaran Program Profesional Eksekutif Halal Percuma Buat Mahasiswa. Peluang Kerja Selepas Tamat Latihan

Oleh Cikgu Shaari • October 15, 2020 • 2 min baca

Tawaran Program Profesional Eksekutif Halal Percuma Buat Mahasiswa. Peluang Kerja Selepas Tamat Latihan
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Dengan kerjasama Pusat Alumni, Keusahawanan dan Jaringan Masyarakat (PAKAT) UNiSZA telah mewujudkan inisiatif dengan penganjuran “PROGRAM PROFESSIONAL EKSEKUTIF HALAL” yang dikelola bersama HALAL ACADEMY.

Selain mewujudkan tenaga kerja dalam bidang Halal, peluang ini juga memberi penekanan kepada peningkatan kebolehpasaran graduan untuk menceburi bidang Halal.

Program ini dibuka buat mahasiswa tahun akhir dari beberapa buah universiti. Baca selanjutnya di perkongsian bawah.

MANFAAT PROGRAM

Mahasiswa yang menyertai program ini akan memperoleh manfaat berikut:

  • Peluang pekerjaan disediakan
  • Program ditaja sepenuhnya
  • Sijil Professional Eksekutif Halal (Diiktiraf oleh Halal Profesional Board JAKIM)
  • Bimbingan dalam membangunkan Sistem Jaminan Halal, Manual Halal dan Pengurusan Rekod, Sistem Audit Dalaman Halal.

MODUL LATIHAN

Berikut adalah modul latihan sepanjang program:

  • Kesedaran Halal
  • Pengurusan Rekod dan Manual Halal
  • Jawatankuasa Halal Dalaman
  • Sistem Jaminan Kualiti Halal
  • Pengurusan Proses Pensijilan Halal
  • Pelaksanaan Audit Dalaman Halal

PROGRAM KEBOLEHPASARAN MAHASISWA TAHUN AKHIR

Tawaran program ini khas untuk pelajar tahun akhir daripada:

  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

PELAKSANAAN PROGRAM

Berikut adalah proses pelaksanaan program:

  1. Pendaftaran
  2. Pembelajaran Online (Teori)
  3. Penilaian Online
  4. Pembelajaran Secara Praktikal (Praktikal)
  5. Sijil
  6. Akses Percuma Halal Talent Directori

DAFTAR PROGRAM

Sekiranya anda merupakan pelajar tahun akhir daripada universiti-universiti yang disebutkan di atas dan berminat dengan program yang ditawarkan, jangan lepaskan peluang ini. Daftar sekarang!

Lengkapkan maklumat pendaftaran di pautan berikut:

Untuk dapatkan maklumat lanjut, anda boleh hubungi pegawai bertugas di talian 09 668 8048/ 09 668 7816 / 09 668 8912.

Program Profesional Eksekutif Halal Tajaan Penuh JAKIM Buat Mahasiswa. Peluang Kerja Selepas Tamat Latihan

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.