Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Kaedah Bayaran BPN 2.0 Bagi Pemohon Yang Layak Mulai Hujung Bulan Oktober

Oleh Cikgu Shaari • October 1, 2020 • 2 min baca

Kaedah Bayaran BPN 2.0 Bagi Pemohon Yang Layak Mulai Hujung Bulan Oktober
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri semalam di dalam perutusan Kita Prihatin, hampir 7 bilion diperuntukkan untuk membantu rakyat melalui Bantuan Prihatin Nasional 2.0. Pelaksanaan bantuan tunai akan diberikan kepada golongan B40 dan M40 yang layak.

Pemohon yang layak akan mula menerima bantuan untuk fasa pertama pada hujung bulan Oktober 2020 manakala fasa kedua pada Januari 2021.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui kaedah pembayaran Bantuan prihatin Nasional (BPN) 2.0 kepada pemohon yang layak.

Baca juga: Syarat Kelayakan Permohonan Baru Bantuan Prihatin Nasional 2.0

KADAR BANTUAN BPN 2.0 MENGIKUT KATEGORI

Kadar bayaran BPN 2.0 akan diberikan mengikut kategori seperti berikut:

  • Isi rumah B40 : RM1,000
  • Bujang B40 : RM500
  • Isi Rumah M40 : RM600
  • Bujang M40 : RM300

KAEDAH BAYARAN BPN 2.0

Kaedah bayaran BPN 2.0 kepada pemohon yang layak adalah seperti berikut:

Ada akaun bank:

  • Berjaya kredit: Kredit ke akaun bank
  • Gagal kredit (akaun tidak aktif dan akaun tutup): Tuntutan di Cawangan BSN

Ini bermaksud, sekiranya akaun bank yang anda gunakan untuk mohon BPN yang lepas sudah tidak aktif atau telah ditutup, anda perlu buat tuntutan wang bantuan di cawangan BSN pada tarikh yang akan dimaklumkan nanti.

Pemohon yang mempunyai akaun bank perlu menunggu wang bantuan masuk ke akaun bank seperti yang dijadualkan iaitu hujung bulan Oktober dan awal bulan Januari.

Tiada akaun bank:

  • Tuntutan di cawangan BSN

Sekiranya pemohon tiada akaun bank, wang bantuan boleh dituntut di cawangan BSN melalui nombor siri pada tarikh yang akan dimaklumkan nanti.

Permohonan baru bagi yang belum pernah menerima BPN yang sebelum ini boleh mula dibuat mulai 15 Oktober 2020. Klik pautan berikut untuk maklumat lanjut:

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.