Semakan Keputusan Rayuan UPUOnline Lepasan STPM/Setaraf Ke Universiti Awam Sesi 2020/2021 Dibuka

Bagi calon yang telah membuat permohonan rayuan UPUOnline lepasan STPM/Setaraf Ke Universiti Awam Sesi Akademik 2020/2021, anda sudah boleh membuat semakan keputusan rayuan pada hari ini (19 Oktober 2020).
Semakan rayuan boleh dibuat pada jam 12 tengah hari melalui beberapa kaedah.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut semakan rayuan UPUOnine Sesi 2020/2021.
CARA BUAT SEMAKAN
Hebahan keputusan rayuan kedua UPUOnline Lepasan STPM/Setaraf ke Universiti Awam Sesi Akademik 2020/2021 boleh disemak melalui url berikut:
Semakan juga boleh dibuat melalui aplikasi UPUPocket yang boleh dimuat turun di Playstore & Appstore.