Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) • Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) •

Tarikh Pelepasan Pelajar IPT Untuk Pulang Mengundi Bagi PRU-15

Oleh Cikgu Shaari • October 24, 2022 • 2 min baca

Tarikh Pelepasan Pelajar IPT Untuk Pulang Mengundi Bagi PRU-15
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Merujuk kepada pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) pada 20 Oktober 2022 yang lalu berkenaan tarikh hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah membuat ketetapan dan meminta supaya semua Institut Pendidikan Tinggi (IPT) memberi kelepasan kepada pelajar untuk pulang mengundi.

Pelepasan ini diberikan bagi memberi tempoh yang cukup kepada pelajar untuk membuat perjalanan pergi dan balik ke lokasi mengundi. Keputusan ini juga diambil selaras usaha meraikan semangat pelaksanaan Undi 18 seperti yang telah diwartakan oleh Kerajaan pada 1 Disember 2022 dan dikuatkuasakan pada 15 Disember 2021.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tarikh pelepasan kepada pelajar IPT untuk pulang mengundi.

TARIKH PELEPASAN PELAJAR IPT PULANG MENGUNDI

Pelajar IPT diberi pelepasan pulang untuk mengundi selama 5 HARI iaitu sepanjang tempoh berikut:

  • Tarikh pelepasan: 17 November hingga 21 November 2022

Diingatkan bahawa hari mengundi adalah pada:

  • Hari mengundi: 19 November 2022 (Sabtu)
Nota: Kelas & aktiviti pelajar sepanjang tempoh itu ditangguh dan diadakan ke suatu tarikh lain.

INSTITUSI PENGAJIAN TERLIBAT

Pelajara ini diberikan kepada pelajar IPT melibatkan institusi pengajian berikut:

  • IPT awam dan swasta
  • Politeknik
  • Kolej Komuniti

Surat edaran telah dihantar kepada semua IPT awam dan swasta termasuk Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti bagi memberi pelepasan kepada pelajar untuk mengundi berdasarkan Undi18.

Keputusan ini diambil selaras usaha meraikan semangat pelaksanaan Undi 18 seperti yang telah diwartakan oleh Kerajaan pada 1 Disember 2022 dan dikuatkuasakan pada 15 Disember 2021 dengan matlamat untuk melahirkan generasi yang prihatin dengan sistem pemerintahan negara dan berupaya menyumbang kepada pembentukan kerajaan yang berdemokrasi, di samping meningkatkan kesedaran tentang kepentingan untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Sehubungan dengan itu, semua IPT adalah diminta memastikan semua kelas dan aktiviti yang melibatkan pelajar dalam tempoh tersebut ditangguhkan dan diadakan pada sesuatu tarikh yang lain.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.