Semakan Permohonan Kemasukan Murid Tahun 1 Ke Sekolah Sesi 2022 Secara Online Dibuka

Perhatian ibu bapa yang telah daftarkan anak bagi kemasukan tahun 1 di sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi sesi 2022! Kemasukan sekolah sesi 2022 adalah bermula pada Mac 2022. Ibu bapa dah boleh semak status permohonan masing-masing dan penempatan anak-anak nanti.
Semakan permohonan bagi kemasukan Tahun 1 sesi 2022 dibuka sehingga 20 Februari 2022. Pastikan anda buat semakan dan pengesahan dalam tempoh ditetapkan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan panduan buat semakan permohonan kemasukan Tahun 1 sesi 2022 secara online.
Isi Kandungan
TARIKH SEMAKAN PERMOHONAN
Semakan permohonan kemasukan Tahun 1 sesi 2022 dibuka sehingga:
- Tarikh tutup semakan: 20 Februari 2022
SISTEM ONLINE KPM
Perkhidmatan Dalam Talian KPM merupakan gerbang utama untuk melaksanakan transaksi berkaitan Pengurusan Murid di bawah KPM. Perkhidmatan ini membolehkan:
- Pendaftaran Tahun 1
- Pengemaskinian maklumat profil anak dan ibu bapa/ penjaga bagi anak yang sudah bersekolah; dan
- Memantau kehadiran anak
CARA BUAT SEMAKAN
Berikut adalah panduan buat semakan tawaran penempatan murid tahun 1 di sekolah KPM bagi sesi 2022:
- Pergi ke laman web public.moe.gov.my
- Bagi yang ada ada akaun, tekun klik Log Masuk. Bagi yang belum daftar, pastikan anda buat pendaftaran sebelum Log Masuk
- Setelah log masuk, klik pada Semakan Status Permohonan Tahun 1
- Klik Semakan Penempatan
- Status permohonan murid akan dipaparkan
- Ibu bapa diminta mencetak surat penempatan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan
Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang berkaitan. Maklumat pegawai JPN dan PPD boleh diperolehi pada menu HUBUNGI KAMI.