Permohonan Skim Bantuan RISDA RM500 Buat Pelajar IPT Peringkat Diploma & Ijazah Pertama

RISDA menawarkan Skim Bantuan Pelajar IPT bagi memberi kemudahan bantuan kewangan kepada anak-anak pekebun kecil, anak wargakerja RISDA / Syarikat Milikan RISDA (SMR) yang melanjutkan pengajian mereka di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Bantuan pelajaran ini dipertimbangkan kepada permohonan Semester 1 sahaja untuk membantu sebahagian pembayaran yuran kemasukan ke IPTA atau IPTS.

Isi Kandungan

KADAR BANTUAN

Pelajar yang layak menerima bantuan pelajaran di bawah Skim Bantuan Pelajaran meliputi peringkat pengajian berikut:

  • Diploma: RM300
  • Ijazah Pertama: RM500

SYARAT KELAYAKAN

Pemohon yang layak memohon adalah yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  • Pemohon hendaklah terdiri daripada anak-anak pekebun kecil seperti mana yang disahkan oleh Pegawai RISDA Daerah / Jajahan / Bahagian atau Bahagian Tanam Semula Ibu Pejabat atau anak-anak wargakerja RISDA / SMR seperti yang disahkan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab masing-masing.
  • Pendapatan isirumah sekeluarga hendaklah RM3,000.00 dan ke bawah sebulan.
  • Pemohon hendaklah telah menerima tawaran tempat pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam / swasta yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  • Tahap pengajian adalah pada peringkat Diploma dan Ijazah Pertama dalam semua bidang / kursus yang ditawarkan di Institusi Pengajian Tinggi Awam / swasta ( IPTA / IPTS ) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau peringkat pengajian yang diluluskan oleh Yayasan RISDA.
  • Tidak mendapat bantuan dari sumber lain.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Antara dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan bantuan pengajian adalah:

  • Salinan Kad Pengenalan Pelajar dan Surat Beranak yang disahkan dan untuk kegunaan Yayasan RISDA sahaja
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu / Bapa / Penjaga ( Pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA atau wargakerja RISDA / SMR )
  • Salinan Surat Tanam Semula RISDA sebagai bukti anak Pekebun Kecil ( TS32 / RISDA7 / TS 18A )
  • Salinan geran tanah Tanam Semula sebagai bukti anak Pekebun Kecil
  • Salinan Penyata Gaji / pengesahan Pendapatan Ibubapa / Penjaga ( Pendapatan Isirumah yang disahkan oleh JKKK / Pegawai Kerajaan Gred A /Penghulu )
  • Salinan surat tawaran kemasukan ke IPTA / IPTS
  • Salinan mengesahkan mendaftar sebagai Pelajar ( Resit bayaran kemasukan ke IPTA / IPTS )

CARA MEMOHON

Permohonan bantuan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang telah disediakan oleh Yayasan RISDA iaitu Borang YR-01/2016. Borang permohonan yang telah lengkap dihantar kepada Urusetia Yayasan RISDA melalui Pengarah Bahagian, Pengarah RISDA Negeri, Pegawai RISDA Daerah / Jajahan / Bahagian dalam tempoh 2 bulan selepas pendaftaran kemasukan pengajian ke IPTA atau IPTS.

Permohonan yang diterima lewat dari tarikh tutup permohonan dan tidak lengkap akan ditolak. Setiap permohonan perlu mendapatkan pengesahan dan sokongan Pengarah Bahagian, Pengarah RISDA Negeri, Pegawai RISDA Daerah / Jajahan / Bahagian atau Ketua Pegawai Eksekutif SMR bagi memastikan borang permohonan lengkap, menepati syarat kelayakan bantuan dan mengesahkan pemohon adalah anak Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA atau wargakerja RISDA / SMR

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma