Semakan Permohonan ILP ADTEC JMTI Kemasukan Ke Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM)

Semakan permohonan kemasukan ke Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) bagi sesi Julai tahun 2020 akan dibuka secara online. Keputusan permohonan dan tawaran kemasukan ke Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) bagi pengajian sesi Julai 2020 akan diumumkan pada tarikh yang ditetapkan

Untuk membuat semakan permohonan dan tarikh-tarikh penting bagi ke ILJTM sesi Julai 2020, ikuti perkongsian di bawah.

Isi Kandungan

SEMAKAN PERMOHONAN ILP ADTEC JMTI ILJTM

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda tahu mengenai semakan permohonan kemasukan ke ILJTM:

  • Semakan permohonan ILJTM boleh dibuat mulai 10 JUN 2020.
  • Permohonan boleh dibuat melalui portal JTM atau UPUOnline
  • Anda hanya perlu masukkan No Kad Pengenalan dan tekan butang semak untuk ketahui keputusan permohonan

TARIKH PENTING KEMASUKAN ILJTM SESI JULAI 2020

Berikut adalah tarikh-tarikh penting yang perlu diambil perhatian oleh pemohon untuk kemasukan ke ILJTM sesi Julai 2020:

  • 24 Februari 2020: Sistem Sistem Permohonan UPUOnline dibuka
  • 17 April 2020: Sistem Permohonan UPUOnline (Lepasan SPM) ditutup
  • 27 April – 18 Mei 2020: Semakan Panggilan Temuduga (kursus bertanda # bagi Lepasan SPM & Lepasan SKM/ST)
  • 29 April – 19 Mei 2020: Sesi Temuduga (kursus bertanda # bagi lepasan SPM & Lepasan SKM/ST)
  • 10 Jun 2020: Hebahan Keputusan Permohonan
  • Akan dikemaskini: Cetakan Surat Tawaran
  • 31 Julai 2020: Tarikh Akhir Maklum Balas Tawaran
  • Akan dikemaskini: Tempoh Akhir Rayuan Kemasukan (terus ke ILJTM)
  • Akan dikemaskini: Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi Julai 2020

Untuk makluman anda, semua maklumat mengenai temuduga dan keputusan permohonan ILP, JMTI dan ADTEC perlu disemak di laman web JTM sahaja. Tiada surat menyurat secara manual dikeluarkan.

Maklumat tarikh dan perkara penting bagi kemasukan ke ILJTM sesi Julai 2020 adalah tertakluk kepada pindaan. Sila layari portal rasmi Jabatan Tenaga Manusia untuk keterangan lanjut

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma