Semakan Panggilan Eksesais Temuduga Lisan Bagi Jawatan Inspektor Polis YA13 (Lelaki/ Wanita)

Semakan Status Panggilan Eksesais Temuduga Lisan bagi jawatan Inspektor Polis Gred YA13 (Lelaki dan Wanita) bermula 8 Ogos 2022. Calon yang telah mengisi permohonan jawatan pada tarikh iklan yang terdahulu diminta buat semakan kelayakan sekarang.

Semua calon yang telah menduduki Ujian SPiER-PDRM pada tahun 2022 dikehendaki ‘Log Masuk’ di Sistem e-Pengambilan PDRM untuk membuat semakan. Semua calon yang telah tersenarai dan dipanggil hendaklah menyediakan dokumen-dokumen seperti di dalam Surat Panggilan Eksesais Temuduga Lisan .

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut semakan panggilan Eksesais Temuduga Lisan bagi Jawatan Inspektor Polis YA13.

JAWATAN TERLIBAT

Calon yang TELAH MENGISI PERMOHONAN JAWATAN seperti yang tertera di bawah sahaja boleh menyemak status panggilan :

  • Inspektor Polis Gred YA13 (Lelaki/Wanita) 

TARIKH SEMAKAN

Semakan Status Panggilan Eksesais Temuduga Lisan bagi jawatan di atas boleh dibuat sepanjang tempoh berikut:

  • 8 Ogos sehingga 22 September 2022

CARA BUAT SEMAKAN

Semua calon yang telah menduduki Ujian SPiER-PDRM pada tahun 2022 dikehendaki ‘Log Masuk’ di Sistem e-Pengambilan PDRM untuk membuat semakan.

Calon dikehendaki untuk ‘Log In’ dan Klik di ‘Semak Status Permohonan’ dan klik ‘Semak’ untuk mengetahui status panggilan dalam Sistem e-Pengambilan PDRM di pautan berikut:

Semua calon yang telah tersenarai dan dipanggil hendaklah menyediakan dokumen-dokumen seperti di dalam Surat Panggilan Eksesais Temuduga Lisan.

Calon yang tidak tersenarai adalah calon yang gagal mengisi permohonan mereka dengan lengkap. Permohonan yang tidak lengkap, tidak akan diproses. Contoh permohonan tidak lengkap adalah seperti tidak mengisi maklumat pendidikan dengan lengkap, contohnya tidak mengisi maklumat SPM dan PMR/PT3.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung di talian help desk 03-22668348/8350/8351 seperti yang tertera di Info IG dan FB Unit Pengambilan PDRM.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma