Semakan Panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal Jawatan Inspektor Polis YA13 & Konstabel Polis YA1

Semakan Status Panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal bagi jawatan Inspektor Polis Gred YA13 (Lelaki dan Wanita) dan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki) Bermula 17 Januari 2022. Calon yang telah mengisi permohonan jawatan pada tarikh iklan yang terdahulu diminta buat semakan kelayakan sekarang.

Semua calon yang telah tersenarai dan dipanggil hendaklah menyediakan dokumen-dokumen seperti di dalam Surat Panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut semakan panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal bagi Jawatan Inspektor Polis YA13 dan Konstabel Polis YA1.

JAWATAN TERLIBAT

Calon yang TELAH MENGISI PERMOHONAN JAWATAN pada TARIKH IKLAN YANG TERDAHULU seperti yang tertera di bawah sahaja boleh menyemak status panggilan :

  • Inspektor Polis Gred YA13 (Lelaki/Wanita) : Tarikh Iklan pada 16 April 2021 hingga 30 April 2021
  • Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki) : Tarikh Iklan pada 2 Ogos 2021 hingga 15 Ogos 2021
  • Konstabel Polis Gred YA1 (Wanita): Tarikh Iklan pada 20 September 2019 Hingga 08 November 2019

TARIKH SEMAKAN

Semakan Status Panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal bagi jawatan di atas boleh dibuat sepanjang tempoh berikut:

  • 17 Januari 2022 – 6 Mac 2022

Tarikh Ujian Pemeriksaan Fizikal Calon Sabah & Sarawak

Bagi calon Sabah dan Sarawak Ujian Pemeriksaan Fizikal akan bermula pada:

  • 03 Februari sehingga 06 Mac 2022

CARA BUAT SEMAKAN

Calon dikehendaki untuk ‘Log In’ dan Klik di ‘Semak Status Permohonan’ dan klik ‘Semak’ untuk mengetahui status panggilan dalam Sistem e-Pengambilan PDRM di pautan berikut:

Semua calon yang telah tersenarai dan dipanggil hendaklah menyediakan dokumen-dokumen seperti di dalam Surat Panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal.

Calon yang tidak tersenarai adalah calon yang gagal mengisi permohonan mereka dengan lengkap. Permohonan yang tidak lengkap, tidak akan diproses. Contoh permohonan tidak lengkap adalah seperti tidak mengisi maklumat pendidikan dengan lengkap, contohnya tidak mengisi maklumat SPM dan PMR/PT3.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung di talian help desk 03-22668348/8350/8351 seperti yang tertera di Info IG dan FB Unit Pengambilan PDRM.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma