Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) • Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) •

Semakan Keputusan Rayuan & Permohonan Fasa 2 Kemasukan IPG Dibuka

Oleh Cikgu Shaari • August 5, 2022 • 2 min baca

Semakan Keputusan Rayuan & Permohonan Fasa 2 Kemasukan IPG Dibuka
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

PISMP atau Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan adalah program guru tajaan KPM bagi pelajar lepasan SPM yang berminat dengan kerjaya bidang perguruan. Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Guru (IPG) adalah antara permohonan yang dinanti-nantikan.

Calon lepasan SPM yang telah buat rayuan dan permohonan fasa kedua kemasukan ke IPG sebelum ini dah boleh buat semakan keputusan masing-masing mulai Ogos 2022. Jangan terlambat! Pastikan anda semak pada masa yang ditetapkan bagi mengelakkan masalah tawaran akan datang.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan panduan buat semakan keputusan permohonan rayuan kemasukan IPG.

TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN

Semakan keputusan permohonan IPG boleh dibuat pada:

  • 5 Ogos 2022 (selepas jam 5 petang)

Semakan adalah bagi:

  • Keputusan rayuan PISMP
  • Keputusan calon berjaya ditawarkan bagi fasa kedua

CARA BUAT SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN

Semakan keputusan rayuan boleh dibuat melalui laman web berikut:

SYARAT KELAYAKAN CALON GURU IPG

Terdapat beberapa syarat umum permohonan Guru yang perlu dipenuhi pelajar antaranya:

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada tahun yang dibenarkan permohonan.
    (Pemohon akan mengetahui sama ada umur anda layak untuk membuat permohonan kerana sebaik sahaja permohonan dibuka, sistem akan terlebih dahulu membuat tapisan awal berkenaan umur pemohon. Jika layak, baru anda dibenarkan mendaftar seterusnya membuat permohonan PISMP secara online)
  • Calon mesti sihat tubuh badan.
  • Calon mesti aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Calon mendapat gred cemerlang Makluman Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Calon mesti mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian (kredit) dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:
    – Bahasa Melayu,
    – Sejarah,
    – Lulus Bahasa Inggeris,
    – Lulus satu subjek lain.
  • Calon memenuhi syarat bidang pengkhususan (Rujuk Syarat Bidang Pengkhususan dalam permohonan online).

Perlu diingatkan Bidang yang ditawarkan adalah berdasarkan unjuran keperluan guru daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM.

Berikut antara bidang pengkhususan yang ditawarkan mengikut jenis sekolah:

Sekolah Kebangsaan (SK)

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Tamil
  • Bahasa Iban
  • Bahasa Kadazandusun
  • Pendidikan Islam
  • Matematik
  • Sains
  • Pendidikan Khas
  • Bahasa Arab
  • Pendidikan Muzik
  • Sejarah
  • Pendidikan Jasmani
  • Rekabentuk dan Teknologi
  • Pendidikan Awal Kanak-kanak
  • Bimbingan dan Kaunseling

Untuk bidang pengkhususan PISMP bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) anda boleh baca di sini.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman https://pismp.moe.gov.my/

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.