Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Semakan Nama Penerima Dekoder Percuma MyFreeView Online

Oleh Cikgu Shaari • May 15, 2020 • 2 min baca

Semakan Nama Penerima Dekoder Percuma MyFreeView Online
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Sudahkan anda membuat semakan MYTV secara online untuk mengetahui sama ada nama anda layak atau tidak untuk menerima Dekoder MYTV secara PERCUMA? 

Pasti ramai yang tidak tahu kerajaan akan memberikan set dekoder siaran televisyen digital MyFreeView secara percuma kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah B40.

Tawaran Dekoder Percuma MyFreeView Online di buka sehingga 31 Mei 2020. Jadi anda perlu segera membuat permohonan segera.

Untuk makluman anda, anda tidak perlu membuat sebarang permohonan. Anda hanya perlu membuat semakan sama ada anda layak atau tidak menerima dekoder MYTV secara percuma. Sebanyak 2 juta penerima dekoder percuma akan diagihkan kepada semua yang layak.

Semakan Nama Penerima Dekoder Percuma MyFreeView Online

Melalui dekoder percuma ini, pengguna boleh menonton siaran digital MyFreeview yang menawarkan saluran TV dan radio popular tanpa sebarang bayaran atau yuran langganan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara semak kelayakan dekoder MYTV percuma dan  senarai saluran yang ditawarkan.

CARA SEMAK KELAYAKAN DEKODER MYTV PERCUMA

Ikuti langkah berikut untuk menyemak kelayakan anda menerima dekoder MYTV secara percuma:

  1. Layari laman web MTV Broadcasting klik MYTV (Unit Dekoder Percuma)
  2. Masukkan nombor Kad Pengenalan dan tekan butang Semak.
    Semakan Nama Penerima Dekoder Percuma MyFreeView Online
  3. Jika berjaya, anda akan diminta untuk kemaskini butiran peribadi anda di laman tersebut
    Semakan Nama Penerima Dekoder Percuma MyFreeView Online

Nota:

  • Penerima set dekoder percuma adalah dari senarai B40 yang layak dan beralamat dalam kawasan liputan myFreeview
  • Set dekoder percuma B40 tidak boleh dipindah milik, tetapi anda boleh membenarkan untuk digunakan di alamat berbeza dan berada dalam liputan siaran myFreeview.

SALURAN MYTV YANG DITAWARKAN

Berikut adalah saluran TV dan Radio yang boleh didapati di MYTV:

Semakan Nama Penerima Dekoder Percuma MyFreeView Online Semakan Nama Penerima Dekoder Percuma MyFreeView Online

Buat penerima yang layak mendapat dekoder percuma MYTV, tahniah! Bagi yang tidak layak, anda boleh juga menonton siaran TV digital MyFreeView dengan mendapatkan dekoder di ejen berdaftar (syarikat elektrik terpilih) dengan harga RM99 hingga RM187.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.