Kerja 6 Hari Seminggu Masih Normal? Ini Cara Jawab Soalan Temuduga Yang Ramai Calon Tersalah Jawab •Waktu Terbaik Mohon Kerja Tahun 2026: Ramai Tak Sedar Timing Resume Boleh Pengaruhi Peluang Dipanggil Interview •Resume Bahasa Inggeris Kini Jadi Keperluan? Ini Waktu Terbaik Hantar Resume Untuk Mohon Kerja Tahun 2026 •Suka Kucing? Ini Cara Jadikan Minat Anda Sebagai Kerjaya Dan Sumber Pendapatan Di Malaysia •Jumpa IC Orang Jangan Terus Upload Di Facebook, Ini Risiko Yang Ramai Tak Sedar • Kerja 6 Hari Seminggu Masih Normal? Ini Cara Jawab Soalan Temuduga Yang Ramai Calon Tersalah Jawab •Waktu Terbaik Mohon Kerja Tahun 2026: Ramai Tak Sedar Timing Resume Boleh Pengaruhi Peluang Dipanggil Interview •Resume Bahasa Inggeris Kini Jadi Keperluan? Ini Waktu Terbaik Hantar Resume Untuk Mohon Kerja Tahun 2026 •Suka Kucing? Ini Cara Jadikan Minat Anda Sebagai Kerjaya Dan Sumber Pendapatan Di Malaysia •Jumpa IC Orang Jangan Terus Upload Di Facebook, Ini Risiko Yang Ramai Tak Sedar •

Contoh Surat Rayuan BPN Untuk Anda Hantar Kepada LHDN

Oleh Cikgu Shaari • May 15, 2020 • 2 min baca

Contoh Surat Rayuan BPN Untuk Anda Hantar Kepada LHDN
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Baru-baru ini kerajaan telah meluluskan permohonan baru Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bagi Fasa kedua. Namun kekeliruan timbul apabila segelintir rakyat yang sepatutnya layak menerima BPN tidak mendapat kelulusan bagi permohonannya.

Contoh Surat Rayuan BPN Untuk Anda Hantar Kepada LHDN

Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan tempoh rayuan BPN Fasa 2 sehingga 31 Mei 2020. Bagi mana-mana individu yang mendapat status TIDAK LULUS atau TIDAK LAYAK, selain rayuan secara online anda juga boleh membuat rayuan melalui surat.

Berikut adalah contoh surat rayuan BPN yang boleh anda hantar ke LHDN.

CARA MEMBUAT RAYUAN BPN BAGI STATUS TIDAK LAYAK

Ada beberapa kaedah yang anda boleh gunakan untuk membuat rayuan jika permohonan tidak lulus iaitu:

  • Rayuan melalui laman web BPN.
  • Rayuan melalui emel
  • Buat satu surat rasmi kepada LHDNM

Rayuan BPN Melalui Emel

  1. Rayuan boleh dibuat melalui emel kepada LHDNM di rayuanbpn@hasil.gov.my
  2. Anda perlu sertakan dokumen sokongan seperti bukti kehilangan pekerjaan dan pendapatan akibat COVID-19.
  3. Sediakan satu emel rasmi rayuan.
  4. Cadangan tajuk untuk emel ke LHDNM adalah:
    RAYUAN BPN 981023-09-5676 ATAU
    PERMOHONAN RAYUAN BPN NO. KAD PENGENALAN 981023-09-5676
  5. Selepas hantar emel, tunggu maklumbalas daripada pihak LHDNM

Rayuan BPN Di Kaunter LHDNM (Bawa Surat Rayuan)

  1. Anda juga boleh mengemukakan permohonan rayuan BPN di Kaunter LHDN.
  2. Pemohon perlu hadir sendiri ke kaunter LHDN bersama dokumen sokongan bermula pada 11 Mei 2020.
  3. Pastikan anda membawa beberapa dokumen seperti Kad Pengenalan dan surat rayuan termasuk dokumen sokongan yang membuktikan kehilangan pekerjaan atau pengurangan pendapatan atau bukti SSM.
  4. Hadir ke Kaunter LHDN dengan memakai mask serta jarakkan diri dengan individu lain 1 meter.

CONTOH SURAT RAYUAN BPN

Contoh Surat Rayuan BPN Untuk Anda Hantar Kepada LHDN

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai proses rayuan atau ingin ajukan sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian Kementerian Kewangan Malaysia di 03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 03-8882 9191 / 03-8882 4565/ 03-8882 4566 atau emel ke bsh@treasury.gov.my/ pre2020@treasury.gov.my.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.