Tarikh & Panduan Semakan Keputusan e-UKCG Bagi Pengambilan Khas Guru Graduan Bukan Pendidikan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) baru-baru ini telah membuka pengambilan khas guru secara one-off secara besar besaran buat graduan di seluruh negara! Pengambilan bagi graduan bukan ikhtisas pendidikan telah dibuka kepada orang ramai sehingga 10 Oktober 2021 lalu.

Calon yang telah melengkapkan permohonan secara automatik akan terus dapat tarikh ujian e-UKCG. Calon yang akan duduki e-UKCG boleh rujuk panduan menduduki e-UKCG yang disediakan. Hanya calon yang melepasi tapisan awal sahaja yang layak dipanggil temuduga.

Dah selesai e-UKCG, bila pula tarikh semakan keputusan dan bagaimana nak semak? Ikuti perkongsian di bawah untuk tarikh dan panduan buat semakan keputusan e-UKCG bagi pengambilan khas calon guru graduan bukan pendidikan.

TARIKH PENTING SEMAKAN E-UKCG

Calon-calon diminta ambil perhatian tarikh penting semakan kelulusan e-UKCG di bawah

  • Semakan Keputusan e-UKCG 
    = 28 Oktober 2021
  • Temu Duga Saringan Temu Duga Lantikan CoS
    = 1 hingga 14 November 2021
  • Pengumuman Keputusan Calon Jaya
    = 27 November 2021

CARA BUAT SEMAKAN KEPUTUSAN E-UKCG

Semakan keputusan e-UKCG pada 28 Oktober 2021 untuk ketahui kelayakan ke peringkat seterusnya, iaitu temuduga boleh dibuat melalui pautan berikut:

Calon-calon yang LULUS e-UKCG dan layak ke sesi temuduga akan menerima pautan “meeting number”, kata laluan, tarikh, masa dan opsyen yang akan ditemu duga. Calon tidak dibenarkan untuk menukar tarikh/ masa bagi urusan temuduga bagi telah ditetapkan oleh KPM.

Calon-calon yang tidak layak disebabkan gagal melepasi tapisan e-UKCG juga akan dimaklumkan.

PERSEDIAAN CALON

Antara persediaan yang perlu calon lakukan untuk hadapi temu duga pengambilan khas guru SPP adalah:

  • Semakan panggilan temu duga
  • Perkakasan
  • Talian Internet
  • Aplikasi Cisco Webex

Untuk makluman anda, penempatan adalah berdasarkan keperluan dan kekosongan opsyen di sekolah. Graduan tidak boleh memilih penempatan untuk ditempatkan di sekolah rendah atau sekolah menengah.

Bagi calon yang LULUS e-UKCG dan mendapat tawaran temuduga, pastikan anda rujuk kaedah penilaian temuduga di pautan berikut:

KAEDAH PENILAIAN TEMUDUGA PENGAMBILAN KHAS GURU

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma