Cara Buat Semakan Status Kelulusan BKM & Jumlah Bantuan Fasa 3 Yang Layak Diterima
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Bantuan Keluarga Malaysia telah diumumkan dalam Bajet 2022 dan akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan bujang.
Untuk makluman anda, data penerima BPR 2021, penerima BKC B40 dan pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara AUTOMATIK ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan.
Jika anda merupakan tergolong dalam golongan tersebut, anda tidak perlu buat permohonan baru, sebaliknya hanya perlu buat semakan status kelayakan dan kemaskini maklumat jika ada perubahan.
Rujuk: Senarai Individu Yang Perlu Kemaskini Maklumat BKM
Isi Kandungan
KADAR BAYARAN BKM MENGIKUT FASA
Seperti yang dimaklumkan, Bantuan Keluarga Malaysia akan dibayar secara berfasa. Kadar bayaran setiap fasa adalah berbeza mengikut kategori. Anda boleh semak kadar bayaran bagi setiap fasa mengikut kategori di bawah:
Tarikh pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Maklumat lanjut mengenai pembayaran BKM akan dikemaskini.
CARA SEMAK STATUS KELAYAKAN BKM
Bagi penerima BPR, BKC yang pernah daftar permohonan boleh terus log masuk laman myBKM dan buat semakan status kelayakan dengan ikut langkah berikut:
- Pergi ke laman https://bkm.hasil.gov.my/
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan klik Semak
- Sahkan kata kunci keselamatan anda dan klik YA jika betul
- Masukkan kata laluan yang didaftarkan sebelum ini dan klik Log Masuk
- Klik Semakan Status untuk semak status permohonan
- Status permohonan beserta jumlah bayaran bantuan diluluskan akan dipaparkan
Anda hanya perlu tunggu permohonan anda diluluskan dan terima pembayaran pada tarikh yang akan dimaklumkan nanti.
Semak: Senarai Dokumen Diperlukan Untuk Kemaskini Maklumat Permohonan BKM
Bagi yang TIDAK LULUS bantuan, anda masih boleh buat permohonan rayuan pada tarikh ditetapkan dengan ikut panduan berikut:
CARA KEMASKINI MAKLUMAT JIKA ADA PERUBAHAN
Bagi penerima bantuan sedia ada yang ada perubahan maklumat dan ingin kemaskini permohonan boleh buat dengan ikut langkah berikut:
- Log masuk laman BKM seperti biasa
- Klik Kemaskini Permohonan
- Tukar maklumat yang ada perubahan dan muat naik dokumen sokongan yang berkaitan di ruangan disediakan
Bagi yang nak semak kelayakan dan buat permohonan baru atau kemaskini maklumat BKM, anda boleh buat di laman berikut:
SYARAT KELAYAKAN & PERMOHONAN BARU BKM
Untuk makluman anda, BKM akan dibayar secara berperingkat, iaitu sebanyak 4 kali dalam setahun. Anda boleh semak tarikh bayaran pertama BKM akan disalurkan di bawah:
Maklumat lanjut berkaitan BKM boleh dirujuk pada Soalan Lazim (FAQ) yang dimuat naik di portal LHDNM. Kerajaan sentiasa komited memastikan bantuan yang disediakan menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia.