Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Cara Buat Semakan Status Kelayakan Bantuan Khas Covid-19 (BKC)

Oleh Cikgu Shaari • September 2, 2021 • 2 min baca

Cara Buat Semakan Status Kelayakan Bantuan Khas Covid-19 (BKC)
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik Covid-19 sehingga akhir tahun 2021.

Kategori penerima yang layak menerima BKS adalah berdasarkan syarat kelayakan BPR 2021 dan juga pembayar cukai pendapatan (LHDNM) dengan klasifikasi yang ditetapkan. Untuk makluman anda, anda tidak perlu membuat permohonan kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data sedia ada.

Anda boleh buat semakan status kelayakan untuk ketahui sama ada anda layak untuk terima bantuan BKC pada tarikh yang ditetapkan,

TARIKH SEMAKAN STATUS BKC

Semakan status Bantuan Khas Covid-19 (BKC) boleh dibuat pada tarikh berikut:

  • Mulai 6 September 2021

CARA SEMAK STATUS BKC

Semakan status Bantuan Khas Covid-19 (BKC) boleh dibuat pada tarikh ditetapkan di Portal Rasmi BKC di pautan berikut:

Portal rasmi BKC hanya boleh dicapai mulai 6 September 2021.

Bagi yang GAGAL KREDIT, anda boleh dapatkan wang bantuan di kaunter BSN.

Rujuk: Panduan Dapatkan Bayaran BKC Secara Tunai Di BSN

SEMAKAN KELAYAKAN BERDASARKAN DATA

Anda tidak perlu membuat permohonan kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data sedia ada seperti berikut:

Cara Buat Semakan Status Kelayakan Bantuan Khas Covid-19 (BKC)

JUMLAH BAYARAN BKC

Individu yang layak akan terima bayaran BKC mengikut kategori seperti berikut:

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat iaitu melalui 3 fasa. Anda boleh semak jadual pembayaran BKC mengikut kategori.

Sekiranya penerima BPR 2021 telah meninggal dunia, pembayaran BKC akan dibuat kepada pasangan yang dilaporkan pada Permohonan BPR 2021. Pembayaran adalah secara pengkreditan ke akaun pasangan yang telah dilaporkan atau secara tunai di BSN jika tidak melaporkan maklumat akaun bank.

Penerima GKP tidak layak untuk menerima BKC kerana anda akan menerima bayaran GKP 4.0  sebanyak RM1,000 mengikut jadual pembayaran GKP yang ditetapkan.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.