Cara Semak Baki Touch ‘n Go Dalam Kad Pengenalan Secara Online

Pasti ramai kan yang gunakan kad pengenalan sebagai kad Touch ‘n Go untuk bayar tol?  Untuk menggunakan lebuhraya, pengguna perlu baki di dalam kad Touch ‘n Go yang secukupnya. Ada yang menggunakan kad dari syarikat tersebut sendiri dan ada juga yang menggunakan kad pengenalan sendiri untuk lebih mudah.

Setiap kali lalu tol, mesti tertanya-tanya berapa baki dalam kad, cukup ke nak lepas tol ni? Jika tak cukup, menyusahkan pula nak kena undur balik dan pergi ke laluan untuk topup. Tapi nak selamat bagi yang tak tahu baki Touch n Go pasti terus ke laluan topup kan?

Tak perlu ragu-ragu dah selepas ini, sebenarnya anda boleh semak baki Touch n Go anda dengan mudah sahaja melalui aplikasi di telefon! Anda boleh semak baki Touch n Go dalam kad pengenalan, kad watson dan juga kad Touch n Go.

Baca juga: Kad Touch ‘N Go Luput Selepas 10 Tahun, Ini Cara Mohon Bayaran Balik Baki Yang Ada

CARA SEMAK BAKI TOUCH N GO DALAM KAD PENGENALAN & KAD LAIN

Berikut adalah panduan membuat semakan baki Touch n Go dalam kad pengenalan, kad watson dan kad Touch n Go dengan mudah:

  1. Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet di telefon pintar anda
  2. Klik TnG Card

  3. Klik “Add A New Card”
  4. Masukkan Nombor Kad & Nama Kad
    – Untuk no kad TnG/ Watsons boleh cek di belakang kad
    – Untuk IC, anda boleh cek serial No. MFG No di resit yang anda dapat semasa tambah nilai TNG guna IC
  5. Klik “Submit”

Siap! Mudah kan? Selepas ini dah tak perlu ragu-ragu dan risau sekiranya baki Touch n Go anda tidak mencukupi.

Semoga bermanfaat!

Sumber

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma