Pekerja Swasta dan Kerajaan Ini Sebab Utama Pinjaman Perumahan Di Tolak

Pertumbuhan ekonomi kini yang kian berubah dan kurang stabil telah menyebabkan sektor perbankan menjadi lebih berdaya saing dan mengambil pendekatan yang lebih sistematik dalam pemprosesan permohonan pinjaman.

Pendekatan yang baru ini menyebabkan pemprosesan permohonan pinjaman menjadi lebih rumit dan ini telah memberi kesan kepada pemohon pinjaman kerana permohonan pinjaman menjadi semakin sukar untuk diluluskan.

Baca Panduan Asas Membeli Rumah Pertama Sesuai Untuk Golongan Bujang & Berkeluarga

Untuk ketahui sebab utama yang menyebabkan permohonan pinjaman perumahan ditolak, ikuti perkongsian di bawah.

SEBAB UTAMA PINJAMAN PERUMAHAN DI TOLAK

1) Rekod Pembayaran Pinjaman Tidak Bagus

Pekerja Swasta dan Kerajaan Ini Sebab Utama Pinjaman Perumahan Di Tolak

Ini selalunya berlaku apabila pemohon gagal membuat pembayaran balik ansuran bulanan bagi tempoh masa yang panjang seperti enam (6) bulan ke atas. Tunggakan bayaran balik pinjaman yang kerap akan menyebabkan rekod pemohon menjadi tidak bagus dan tidak meyakinkan pihak bank untuk meluluskan pinjaman.

Rekod bayaran pinjaman yang tidak baik akan ditanda merah untuk pemerhatian khusus oleh Central Credit Reference Information System (CCRIS)  yang dikendalikan oleh Bank Negara. Pihak bank akan rujuk laporan kredit pemohon untuk mengenal pasti sama ada rekod pembayaran peminjam baik ataupun tidak.

Jika anda ingin nama anda bersih dari rekod laporan yang tidak bagus, anda dinasihatkan supaya membayar habis semua bayaran yang tertunda sebelum mencuba permohonan yang baru tahun berikutnya.

2) Kadar Pinjaman Melampaui Kemampuan Peminjam

Pekerja Swasta dan Kerajaan Ini Sebab Utama Pinjaman Perumahan Di Tolak

Jika anda ingin kira sendiri sama ada anda layak untuk mendapat kelulusan atau tidak, anda perlu tahu kira nisbah hutang kepada pendapatan.

Baca: PTPTN Login: Pendaftaran Permohonan Pinjaman PTPTN Akaun Baru & Lama

Kebiasaannya nisbah hutang kepada pendapatan akan dikira berdasarkan jumlah hutang bulanan termasuk komitmen individu, pinjaman perumahan lain, pinjaman peribadi, kad kredit dan lain-lain dan dibahagikan dengan pendapatan bersih selepas menolak potongan cukai berkala, caruman KWSP dan Perkeso.

Berikut adalah formula yang digunakan oleh bank:

  • Jumlah Hutang / Pendapatan Bersih* = Nisbah Hutang
    * Pendapatan Bersih= Pendapatan Kasar – PCB – KWSP – PERKESO

Nisbah yang disyorkan untuk mendapat kelulusan bank adalah di antara 60% hingga 70%.

Oleh itu, jika anda ingin membuat permohonan baru dan selepas membuat kiraan anda merasakan anda tidak layak, anda dinasihatkan untuk meningkatkan pendapatan ataupun mengurangkan baki hutang yang lain.

3) Bankrap atau Muflis

Pekerja Swasta dan Kerajaan Ini Sebab Utama Pinjaman Perumahan Di Tolak

Individu yang diisytiharkan muflis memang tidak layak untuk mendapatkan pinjaman daripada bank. Selalunya senarai nama individu yang diisytiharkan muflis akan disiarkan dalam akhbar harian.

Rekod muflis akan di masukkan ke dalam laporan CCRIS jika seseorang diisytiharkan muflis oleh bank. Agensi rekod kredit CTOS pula akan menyimpan rekod kemuflisan seseorang secara tetap sekiranya namanya pernah diisytiharkan muflis oleh mana-mana bank, individu atau pertubuhan. CTOS berfungsi untuk menerbitkan senarai kemuflisan dalam sumber-sumber awam.

4) Kegagalan Untuk Melampirkan Dokumen Penting

Pekerja Swasta dan Kerajaan Ini Sebab Utama Pinjaman Perumahan Di Tolak

Kegagalan dalam melampirkan dokumen penting yang diperlukan juga boleh menyebabkan permohonan pinjaman ditolak. Dokumen-dokumen penting tersebut adalah:

  • Borang permohonan pinjaman yang telah diisi dengan maklumat yang benar dan tepat
  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan Perjanjian Sewa Beli (Sales & Purchase Agreement/SPA) atau resit pesanan dan surat tawaran dari syarikat perumahan
  • Salinan Surat Ikatan Hak Individu
  • Laporan Penilaian Harta (untuk bangunan siap)
  • Salinan slip gaji untuk 3 bulan berturutan terkini
  • Salinan slip bayaran komisen untuk 6 bulan berturutan terkini sekiranya gaji berasaskan komisen
  • Salinan kenyataan caruman KWSP untuk 3 bulan berturutan terkini
  • Salinan Borang EA terkini
  • Salinan kenyataan akaun simpanan bank untuk 6 bulan berturutan terkini
  • Surat Pengesahan Tawaran Kerja dan Pembayaran Gaji

5) Pekerjaan Yang Tidak Tetap Atau Pendapatan Yang Tidak Stabil

Pekerja Swasta dan Kerajaan Ini Sebab Utama Pinjaman Perumahan Di Tolak

Sangat penting untuk pemohon mempunyai pekerjaan yang tetap sebelum membuat permohonan apa-apa jenis pinjaman. Kerja tetap sekurang-kurangnya dalam tempoh masa tiga hingga 6 bulan adalah penting kerana pihak bank memerlukan slip gaji 3 hingga 6 bulan yang terkini sebagai salah satu dokumen sokongan untuk permohonan pinjaman.

Baca Cara Kira Loan Perumahan Bagi Penjawat Awam, Pekerja Swasta atau Bekerja Sendiri

Pekerjaan yang stabil adalah salah satu faktor yang penting kerana ini menunjukkan kestabilan pendapatan anda. Bagaimana nak bayar pinjaman kalau pendapatan tidak tetap kan? Pihak bank juga akan berasa kurang yakin jika pekerjaan pemohon adalah tidak tetap.

6) Skor Laporan Kredit Yang Tidak Bagus

Pekerja Swasta dan Kerajaan Ini Sebab Utama Pinjaman Perumahan Di Tolak

Skor kredit dalam laporan kredit CCRIS dan CTOS adalah petunjuk kepada pihak bank sama ada anda seorang pembayar hutang yang bagus atau tidak. Skor kredit menganalisis kelakuan pembayaran balik individu berdasarkan CCRIS.

Antara faktor-faktor untuk menilai CCRIS anda adalah:

  • Rekod kredit dalam CCRIS
  • Corak pembayaran balik pinjaman dalam tempoh 12 bulan yang lalu
  • Bilangan kad kredit yang menunjukkan penggunaan dengan jumlah yang tinggi
  • Bilangan kad kredit yang digunakan sehingga melebihi jumlah had kredit
  • Bilangan kad kredit yang baru didaftar untuk mendapatkan pinjaman tinggi dalam tempoh yang singkat
  • Rekod pinjaman tidak bercagar atau pinjaman peribadi

Berdasarkan laporan kredit ini, jika sebelum ini anda direkodkan sebagai seornag yang menghadapi masalah untuk menyelesaikan hutang semasa yang lain, maka sangat sukar untuk anda mendapatkan kelulusan permohonan pinjaman yang lain.

Semoga perkongsian mengenai faktor utama yang menyebabkan permohonan pinjaman ditolak ini memberi manfaat untuk anda nilai balik sama ada diri anda layak atau tidak membuat pinjaman.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma