“Kenapa Kami Patut Ambil Anda Bekerja Dengan Kerajaan?” Ini Jawapan Yang Boleh Anda Rujuk
“Kenapa kami patut ambil anda bekerja dengan kerajaan?”. Soalan ini mungkin nampak sama dengan soalan “Kenapa anda minat bekerja dalam kerajaan?”. Sebenarnya ada perbezaan. Di soalan inilah peluang untuk anda mengeluarkan segala kelebihan yang anda ada dan “jual” diri anda semasa temuduga.
Nak cerita sebab anda LAYAK untuk bekerja dengan kerajaan, ada beberapa aspek yang anda perlu tekankan. SPA pun ada kongsikan kriteria penting yang perlu ada untuk menjadi penjawat awam. Semua calon temuduga wajib ambil tahu ya kerana kriteria inilah yang akan dinilai nanti!
Ikuti perkongsian di bawah untuk tahu contoh jawapan jika ditanya sebab anda patut diambil bekerja dengan kerajaan.
Isi Kandungan
ISI PENTING
Antara isi penting yang perlu ada dalam jawapan anda sesuai untuk soalan ini adalah:
- Yakinkan penemuduga bahawa anda calon yang layak bekerja dalam kerajaan
- Hasrat ingin berkhidmat untuk masyarakat, demi agama, bangsa dan negara
- Nyatakan akan bekerja dalam satu pasukan yang kukuh (tanda anda boleh kerja berpasukan)
- Hasrat menaikkan nama jabatan supaya masyarakat beri kepercayaan kepada kerajaan
- Akan berkongsi pengalaman dan kemahiran dalam pasukan
CONTOH JAWAPAN
Berikut adalah contoh jawapan jika ditanya sebab panel patut mengambil anda bekerja dengan kerajaan:
Pada pandangan saya, saya merasakan saya adalah orang yang paling layak memikul jawatan yang ditawarkan ini. Saya tidak menafikan mungkin ada calon yang lain yang mempunyai kebolehan yang setanding saya dalam memikul tugas ini, tetapi berdasarkan kelayakan akademik, pengalaman, minat, dan semangat juang yang tinggi dalam jiwa saya, ianya pasti mendorong saya untuk memberikan yang terbaik untuk organisasi atau jabatan yang bakal saya sertai.
Dan saya akan bekerja dalam satu pasukan yang kukuh serta percaya dengan adanya peraturan dan undang-undang ataupun prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan, saya akan menaikkan nama jabatan agar terus kukuh supaya masyarakat memberi kepercayaan yang penuh kepada kerajaan.
Baca juga: “Kenapa Mohon Kerja Kerajaan, Tidak Swasta?” Ini Contoh Jawapan Lengkap Untuk Rujukan Calon
Ini adalah idea ringkas sahaja. Anda boleh huraikan lagi pendapat ini sesuai dengan kemahiran dan pengalaman yang anda ada bagi mengukuhkan lagi jawapan dan memberi keyakinan yang maksimum kepada jabatan bahawa anda akan memberi sumbangan kepada kerajaan.
Semoga bermanfaat!