i-Sinar: 3 Sebab Dokumen Sokongan Permohonan Kategori 2 Perlu Dimuat Naik Semula
Ramai juga Ahli KWSP yang telah membuat permohonan i-SInar kategori 2 dan mendapati permohonan ditolak akibat dokumen sokongan yang dimuatnaik perlu dimuat naik semula. Pihak KWSP telah menyatakan beberapa sebab yang telah menyebabkan dokumen anda ditolak.
Pemohon diminta untuk ambil perhatian dengan sebab-sebab yang dinyatakan oleh KWSP supaya boleh memuat naik semula dokumen sokongan bagi meneruskan permohonan i-Sinar kategori 2. Kegagalan pemohon memuat naik dokumen sokongan diminta boleh menyebabkan permohonan i-Sinar tidak akan diproses.
Semak 2 sebab dokumen sokongan permohonan i-Sinar perlu dimuat baik semula di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
3 SEBAB DOKUMEN SOKONGAN I SINAR DITOLAK
Cuba cek semula, mungkin anda terlepas pandang sehingga menyebabkan dokumen sokongan atau dokumen sokongan yang perlu dikemukakan perlu dimuat naik semula untuk tujauan proses oleh KWSP. Antara 3 sebab dokumen ditolak yang dinyatakan oleh KWSP adalah:
- Dokumen tidak jelas
- Dokumen tidak lengkap
- Dokumen tidak berkaitan
CARA MUAT NAIK DOKUMEN DENGAN JELAS
Berikut adalah panduan untuk muat naik dokumen sokongan bagi permohonan i Sinar kategori 2 dengan jelas:
KENAPA DOKUMEN SOKONGAN DIPERLUKAN?
Dokumen sokongan diperlukan adalah untuk:
- KELULUSAN AUTOMATIK hanya dapat dibuat jika terdapat PENGURANGAN CARUMAN
- Jadi, SEMAKAN SECARA MANUAL akan dilakukan berdasarkan dokumen sokongan yang diberikan
- DOKUMEN SOKONGAN PENTING untuk permohonan dapat diproses selanjutnya
CONTOH DOKUMEN BERKAITAN YANG DITERIMA
Permohonan i Sinar kategori 2 mestilah dilengkapi dengan dokumen sokongan berikut:
- Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan
- Notis pemberhentian; ATAU
- Bukti pemotongan elaun; DAN/ATAU
- Tuntutan kerja lebih masa
Nak mohon i Sinar kategori 2 tetapi tiada dokumen sokongan yang dinyatakan di atas? Anda masih boleh mohon i Sinar kategori 2 dengan dokumen sokongan lain seperti:
Untuk makluman anda, permohonan i-Sinar kategori 1 dan kategori 2 masih boleh dilakukan sehingga 30 Jun 2021. Ahli KWSP yang memerlukan wang dari pengeluaran Akaun 1 boleh buat permohonan sehingga tarikh yang ditetapkan.
Sekiranya anda mengalami masalah yang tidak dapat diselesaikan, anda dinasihatkan untuk terus hadir ke kaunter KWSP dengan membuat temujanji online KWSP bagi memudahkan urusan.
Baca juga: i-Sinar: Tempoh Diambil Untuk Kelulusan & Duit Masuk Bagi Permohonan Baru i-Sinar