Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Permohonan Kemasukan Ke Program Sarjana Muda Politeknik Sesi 2022/2023 Dibuka

Oleh Cikgu Shaari • May 18, 2022 • 2 min baca

Permohonan Kemasukan Ke Program Sarjana Muda Politeknik Sesi 2022/2023 Dibuka
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Permohonan kemasukan ke Program Sarjana Muda Politeknik Malaysia kini dibuka. Graduan lepasan Diploma Politeknik yang berminat untuk sambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi adalah dipelawa untuk mohon Program Sarjana Muda bagi kemasukan sesi akademik 1 2022/2023.

Tawaran Program Sarjana Muda adalah bagi kemasukan Politeknik seluruh Malaysia. Pelbagai program pengajian ditawarkan mengikut kelulusan pemohon.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program yang ditawarkan dan cara membuat permohonan.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan kemasukan ke Program Sarjana Muda Politeknik sesi akademik 1 2022/2023 dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • 17 Mei 2022 hingga 15 Julai 2022

SENARAI PROGRAM PENGAJIAN

Berikut adalah senarai 7 program Sarjana Muda Politeknik Malaysia yang ditawarkan:

  • Sarjana Muda Reka Bentuk Dalam Komunikasi Visual dan Media Baharu Dengan Kepujian
  •  Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti
  • Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Perubatan) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Pengurusan Rangkaian Bekalan) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Automotif) Dengan Kepujian

Program pengajian ditawarkan mungkin berbeza bagi pengambilan 2022/2023. Untuk maklumat lanjut berkenaan setiap program pengajian yang ditawarkan, anda boleh rujuk di http://ambilan.mypolycc.edu.my/portalbpp.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan mengikuti pengajian peringkat Sarjana Muda di Politeknik:

  • Warganegara Malaysia
  • Lulus SPM atau peperiksaan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia
  • Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu/Malaysia di peringkat SPM/Setaraf
  • Lulus pengajian peringkat Diploma
  • Mendapat Band 2 dalam Malaysian University English Test (MUET)
  • Tidak buta warna

CARA MOHON

Individu yang berminat nak sambung pengajian ke peringkat Sarjana Muda di Politeknik Malaysia boleh buat permohonan sepanjang tempoh permohonan dibuka iaitu sehingga 15 Julai 2022. Permohonan boleh dibuat secara online melalui pautan berikut:

Sebarang pertanyaan sila hubungi talian berikut:

  • Tel: 03 8888 3837
  • WhatsApp: 019 8683738
  • Emel: jppkk.ambilan@mohe.gov.my

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.