Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Tawaran Sarjana Muda Perubatan & Pembedahan Universiti Malaya Sesi 2021/2022 Dibuka

Oleh Cikgu Shaari • December 9, 2020 • 2 min baca

Tawaran Sarjana Muda Perubatan & Pembedahan Universiti Malaya Sesi 2021/2022 Dibuka
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Universiti Malaysia (UM) kini membuka tawaran kemasukan ke program pengajian Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) Sesi 2021/2020.

Lepasan STPM, Matrikulasi, Asasi dan setaraf yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda dalam bidang perubatan boleh mendaftar untuk duduki ujian BMAT (Malaysia) sebelum melanjutkan pengajian.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut ujian BMAT (Malaysia) untuk kemasukan ke UM.

MAKLUMAT UJIAN

Tawaran adalah terbuka bagi sesi pengambilan 2021/2022 seperti berikut:

  • Tarikh ujian: 20 Februari 2020
  • Kaedah ujian: Secara atas talian (online)
  • Bayaran:
    = RM250 (warganegara)
    = RM650 (bukan warganegara)

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan dengan kelayakan seperti berikut adalah dijemput memohon untuk BMAT (Malaysia):

  • Akan menduduki STPM pada tahun 2021
  • Sedang mengikuti semester akhir di institusi berikut:
    a) Matrikulasi BMKPM
    b) Asasi UM
    c) Asasi UiTM
    d) International
    e) Baccalaureate (IB)
  • Sekurang-kurangnya Grade A- dalam SPM dalam mata pelajaran berikut:
    – Biologi
    – Kimia
    – Fizik
    – Matematik/ Matematik Tambahan
    – Bahasa Inggeris

MAKLUMAT AM

  • Hanya calon yang memperolehi keputusan yang baik dalam ujian BMAT (Malaysia) serta memenuhi Syarat Am dan Syarat Khas kemasukan ke program MBBS seperti dinyatakan di dalam www.um.edu.my akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga ke program berkenaan
  • Permohonan daripada pelajar berdaftar universiti awam, program asasi kolej swasta dan program asasi feeder (Asasi PINTAR UKM, UIAM, Tahmidi USIM, UMS, UNIMAS, UPM, UPNM, UNISZA atau UUM) tidak akan dipertimbangkan bagi saluran UPU
  • Subsidi bayaran balik RM100 akan diberikan kepada calon B40 dengan memohon di www.medicine.um.edu.my/bmat tertakluk kepada kelulusan Fakulti

PROSEDUR PERMOHONAN

Sekiranya anda berminat untuk menduduki BMAT (Malaysia) dan mohon program pengajian yang ditawarkan, anda boleh daftar sekarang sehingga 21 Januari 2021 (Khamis). Klik pautan berikut untuk daftar:

Tawaran Sarjana Muda Perubatan & Pembedahan Universiti Malaya Sesi 2021/2022 Dibuka

Masukkan alamat email anda yang aktif dan nombor kad pengenalan anda. Klik Continue. Satu email dan link pengesahan akan dihantar ke alamat email anda.

Untuk maklumat lanjut berkaitan ujian BMAT (Malaysia) dan program pengajian  yang ditawarkan, anda boleh rujuk di laman https://medicine.um.edu.

Tawaran Sarjana Muda Perubatan & Pembedahan Universiti Malaya Sesi 2021/2022 Dibuka

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.