Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) • Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) •

Tawaran Program Perakaunan Profesional Buat Lepasan SPM Tajaan Penuh MAIPs

Oleh Cikgu Shaari • December 9, 2020 • 2 min baca

Tawaran Program Perakaunan Profesional Buat Lepasan SPM Tajaan Penuh MAIPs
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Pelajar-pelajar lepasan SPM tahun 2019 dan  bakal duduki SPM tahun 2020 dari semua aliran matapelajaran dijemput untuk memohon kemasukan Program Perakaunan Profesional.

Program ini ditawarkan dengan tajaan penuh Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Perlis buat rakyat Perlis yang beragama Islam dan berkelayakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan program yang ditawarkan.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Tajaan: Majlis Agama Islam Perlis
  • Tempoh Pengajian: 4 Tahun (sepenuh masa)
  • Institusi: INTEC Education College, Shah Alam

KELEBIHAN KELAYAKAN

Antara kelebihan mendapat kelayakan perakaunan profesional adalah:

  • Kelayakan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa
  • Permintaan yang tinggi terhadap akauntan profesional dalam semua sektor pekerjaan
  • Peluang kerjaya yang luas di dalam dan luar negara
  • Perkembangan kerjaya yang progresif

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk mendapat tajaan program Perakaunan Profesional:

  • Beragalama Islam
  • Bermaustatin di Perlis
  • Pendapatan Isi Rumah RM3000 dan ke bawah
  • Berumur 19 tahun dan ke bawah
  • Minimum 5A SPM termasuk Matematik dan B dalam Bahasa Inggeris

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat untuk mengikuti program perakaunan profesional yang ditawarkan, anda boleh memohon sekarang secara online. Permohonan boleh dibuat melalui pautan berikut:

Lepasan SPM tahun 2020 yang berminat dikehendaki menyatakan keputusan percubaan SPM 2020 untuk pemilihan saringan awal. Kemasukan ke program ini masih tertakluk kepada keputusan sebenar SPM 2020.

Pemohon yang layak berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan akan dihubungi

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkaitan program yang ditawarkan, anda boleh hubungi atau WhatsApp nombor berikut:

  • Liyana: 012 – 919 0210
  • Hafiz: 016 – 230 0482

Tawaran Program Perakaunan Profesional Buat Lepasan SPM Tajaan Penuh MAIPs

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.