Tawaran Saringan Kesihatan Percuma Buat Golongan 40 Tahun Ke Atas

Jom jalankan saringan kesihatan percuma! Viatris Malaysia dan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) akan sama-sama menganjurkan kempen saringan kesihatan percuma untuk menggalakkan masyarakat awam berusia 40 tahun dan ke atas untuk mengesan faktor-faktor risiko penyakit tidak berjangkit (NCD).

Bertema SARING. KESAN. BERTINDAK. (SCREEN. DETECT. ACT), kempen selama tiga bulan ini akan dianjurkan dari Disember 2022 untuk menggalakkan orang ramai menjadi lebih proaktif mengenai kesihatan mereka.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran saringan kesihatan percuma untuk masyarakat awam.

PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT YANG AKAN DIKESAN

Viatris Malaysia dan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA)  akan sama-sama menganjurkan kempen saringan kesihatan percuma untuk menggalakkan masyarakat awam berusia 40 tahun dan ke atas untuk mengesan faktor-faktor risiko penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti:

  • diabetes,
  • tekanan darah tinggi dan
  • kadar kolesterol tinggi

TEMPOH TAWARAN SARINGAN PERCUMA

Kempen selama 3 bulan ini akan dianjurkan sepanjang tempoh berikut:

  • Disember 2022 hingga Februari 2023

OBJEKTIF SARINGAN KESIHATAN PERCUMA

Objektif utama kempen ini adalah untuk:

  • membolehkan mereka membuat saringan bagi mengesan sebarang risiko kesihatan
  • mengambil langkah yang diperlukan untuk menguruskan serta mengubah gaya hidup masing-masing
  • menggalakkan orang ramai menjadi lebih proaktif mengenai kesihatan mereka.

Kempen ini juga menyokong Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI) 2022 yang dilancarkan Kementerian Kesihatan (KKM) pada Julai 2022 bagi menangani kadar saringan kesihatan yang rendah di kalangan orang ramai.

Melalui kempen ini, kami bukan sahaja akan menyokong sasaran KKM untuk menyaring 1.5 juta orang di atas 40 tahun untuk faktor risiko yang berkaitan dengan NCD tetapi juga menyumbang ke arah misi Viatris untuk memperkasakan orang di seluruh dunia untuk hidup lebih sihat pada setiap peringkat kehidupan.

CARA DAPATKAN SARINGAN KESIHATAN PERCUMA

Kami menggesa mereka yang berusia 40 tahun ke atas, berisiko lebih tinggi dan khasnya yang belum menjalani sebarang pemeriksaan atau saringan kesihatan untuk mengambil peluang ini. Pengesanan awal dan rawatan tepat pada masanya berpotensi untuk mengurangkan risiko komplikasi anda dan memberikan hasil yang lebih baik. Saringan kesihatan mampu menyelamatkan nyawa.

Saringan kesihatan adalah percuma dan boleh dilakukan di:

  • klinik pengamal am yang mengambil bahagian

Untuk maklumat lanjut, hubungi Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) di talian 03-4041 1375 (Pejabat) atau 018-277 8794 (WhatsApp sahaja) dari Isnin – Jumaat (9 pagi – 6 petang).

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma