Calon Exam Perkhidmatan Awam Yang Melakukan Salah Laku Integriti Akan Disenaraihitamkan

Perhatian buat calon yang memohon jawatan kerja dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melalui SPA9! Calon yang melepasi tapisan dan layak akan mendapat panggilan untuk menduduki Peperiksaan memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE). Namun kini pihak SPA telah mengesan ada calon yang melalui salah laku integriti dalam menjawab ujian.

Untuk makluman anda, SPA memandang serius tentang perkara ini dan calon yang didapati bersalah akan disenaraihitamkan. Jadi calon-calon yang bakal menduduki ujian PSEE untuk kemasukan ke Perkhidmatan Awam diminta untuk ambil perhatian.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pemakluman salah laku integriti melibatkan calon PSEE.

SALAH LAKU INTEGRITI CALON PSEE

Hasil pemantauan dan siasatan yang dilaksanakan, SPA telah mengenal pasti calon yang melakukan salah laku integriti dengan:

  • Mewujudkan kumpulan tertentu dalam platform media sosial bertujuan menawarkan perkhidmatan berbayar penyediaan jawapan; atau
  • Bersubahat melakukan aktiviti peniruan dan perkongsian jawapan.

Kedua-dua salah laku yang dilakukan oleh kebanyakan calon ini adalah bagi tujuan lulus Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE).

CALON TERLIBAT SALAH LAKU AKAN DISENARAIHITAM

SPA memandang serius perkara ini dan telah mengambil tindakan tegas dengan:

  • Membatalkan keputusan peperiksaan dan
  • Menyenaraihitamkan calon yang terlibat

Permohonan calon bagi sebarang jawatan yang melakukan salah laku integriti ini TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.

ADUAN SALAH LAKU INTEGRITI

Sekiranya anda mendapati ada calon yang melakukan salah laku integriti dalam menduduki ujian PSEE, anda boleh buat aduan salah laku integriti ke saluran berikut:

Calon-calon yang akan menduduki ujian PSEE bagi kemasukan ke Perkhidmatan Awam dinasihatkan untuk sentiasa berlaku jujur dalam menjawab soalan.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma