Permohonan Rentas Sempadan Malaysia-Singapura Melalui Sistem MyTravelPass

Jabatan Imigresen (JIM) pada Ahad lepas memaklumkan permohonan kemudahan bagi rentas sempadan di antara Malaysia dan Singapura telah dibuka mulai semalam iaitu pada 10 Ogos 2020. Permohonan ini boleh dilakukan bagi warga asing yang menetap di Singapura ingin memasuki Malaysia serta bagi yang bekerja dan melakukan perniagaan yang memerlukan ulang-alik antara Malaysia dan Singapura.

Terdapat 2 pas yang disediakan untuk permohonan rentas sempadan ini iaitu Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA).

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan rentas sempadan Malaysia-Singapura ini.

JENIS PAS RENTAS SEMPADAN

Warga asing yang menetap di Singapura yang ingin memasuki Malaysia bagi tempoh yang singkat untuk tujuan rasmi dan urusan perniagaan boleh membuat permohonan rentas sempadan melalui kemudahan pas Laluan Hijau Timbal Balik (RGL).

Bagi semua warganegara Singapura dan penduduk tetap di Singapura yang mempunyai Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang (PLSJP) untuk bekerja dan perniagaan boleh memasuki Malaysia melalui kemudahan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA).

SYARAT PERMOHONAN RENTAS SEMPADAN

Antara syarat yang ditetapkan untuk merentasi sempadan antara Malaysia-Singapura adalah:

  • Semua pelawat asing perlu memuat turun aplikasi MySejahtera dan mengaktifkan aplikasi itu dalam telefon mudah alih masing-masing
  • Bagi pelawat asing yang menggunakan kemudahan PCA, majikan mereka di negara ini perlu membuat permohonan bagi pihak mereka melalui sistem MTP
  • Pelawat asing yang menggunakan kemudahan RGL, penaja mereka di negara ini perlu membuat permohonan bagi pihak mereka melalui sistem MTP
  • Pelawat asing dan warganegara Malaysia supaya sentiasa mematuhi arahan dan peraturan semasa serta peka dengan pengumuman terkini daripada agensi kerajaan berhubung langkah-langkah pencegahan pandemik COVID-19.

CARA MOHON PAS RENTAS SEMPADAN

Bagi menggunakan kemudahan RGL dan PCA ini, semua pelawat asing perlu membuat permohonan melalui sistem MyTravelPass(MTP) dengan langkah berikut:

  1. Layari sistem MyTravelPass (MTP)
  2. Klik APPLY di salah satu pass yang berkaitan
    Cara Buat Permohonan Rentas Sempadan Malaysia-Singapura
  3. Baca terma dan syarat rentas sempadan yang dipaparkan
  4. Klik AGREE AND PROCEED jika anda setuju
    Cara Buat Permohonan Rentas Sempadan Malaysia-Singapura
  5. Masukkan tarikh untuk anda rentas negeri dan lengkapkan borang permohonan online yang disertakan.
    Cara Buat Permohonan Rentas Sempadan Malaysia-Singapura

Tindakan undang-undang yang tegas akan dikenakan ke atas mereka yang ingkar dan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda memudahkan urusan bagi merentasi sempadan Malaysia-Singapura atas urusan penting.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma