Kerjaya

Cara Mohon Jawatan Penolong Pegawai Tadbir Di PTPTN Dengan Minima STPM/ Diploma

December 7, 2022Oleh Cikgu Shaari1 min baca

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merupakan sebuah organisasi yang bertanggungjawab memberi pinjaman kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi yang layak dan menerima deposit di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

Kini, PTPTN mempelawa calon-calon WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan serta berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Penolong Pegawai Tadbir seperti yang diiklankan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan yang ditawarkan dan cara untuk mohon.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama majikan: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
  • Nama jawatan: Penolong Pegawia Tadbir N29
  • Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan
  • Taraf Jawatan: Tetap/ Kontrak
  • Lokasi: Ibu Pejabat PTPTN, Kuala Lumpur & Pejabat PTPTN Negeri (PPN) Sarawak
  • Tarikh tutup permohonan: 12 Disember 2022

SYARAT KELAYAKAN

Semak syarat kelayakan beserta gaji ditawarkan bagi jawatan di bawah:

CARA MEMOHON

Individu yang berminat dengan jawatan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan boleh buat permohonan secara online dengan mengisi borang permohonan yang disediakan di pautan berikut:

borang permohonan online jawatan ptptn

Borang permohonan jawatan yang telah lengkap diisi mestilah dihantar selewat-lewatnya  12 Disember 2022 mengelakkan permohonan anda ditolak

Sila pastikan e-mel dan nombor telefon adalah aktif. Calon akan dihubungi melalui e-mel bagi urusan temu duga dan melalui telefon bagi makluman keputusan temu duga (bagi calon berjaya sahaja).

Topik artikel ini
Kerjaya Semakan & Permohonan
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda