Untuk Mak-mak Sahaja. Nak Renew Roadtax & Insuran Secara Mudah. Follow Langkah Ini
Untung sebenarnya mak-mak sepanjang tempoh Perintah Kawalan pergerakan (PKP). Banyak perkara yang boleh dipelajari. Kerja di rumah mestilah perlu disiapkan seperti biasa. Tetapi pasti setiap mak-mak merasa ada banyak masa lebih kan? Untuk mak-mak yang tak tahu, sebenarnya nak renew roadtax dan insuran boleh dibuat di rumah sahaja.
Sebelum ini nak renew roadtax dan insuran mesti kena pergi ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan ikut giliran yang sesak. Jadi memandangkan JPJ tutup dalam tempoh PKP ni, mak-mak kena lah belajar benda baru iaitu renew roadtax dan insuran tanpa pergi ke JPJ. Buat di rumah sahaja!
Tetapi cara ini adalah dikhususkan untuk renew roadtax dan insuran kereta sahaja ya. Ikuti perkongsian di bawah untuk cara mudah renew roadtax dan insuran di rumah menggunakan myeg.com.
Isi Kandungan
CARA RENEW INSURAN TAKAFUL
- Register Akaun Di Myeg
- Login Akaun Myeg
- Klik Icon Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
- Klik Butang Auto Insurance Renew
- Klik Pada Syarikat Roadtax Atau Insuran Anda
*Skrin akan memaparkan syarikat-syarikat insurans atau takaful yang menawarkan produk mereka menerusi MyEG. Untuk teruskan, klik sahaja pada icon syarikat yang anda pilih - Isi Nombor Kad Pengenalan & Isi Maklumat
*Isikan sahaja maklumat yang diminta. Anda boleh tetapkan amaun yang ingin dilindungi (biasanya mengikut harga semasa kereta) dan juga tambah maklumat pemandu tambahan. - Sebut Harga (quotation) Akan Dipaparkan
- Buat Bayaran
*Untuk buat bayaran, boleh pilih sama ada nak buat bayaran menggunakan kad kredit atau perbankan online seperti FPX, Mayabank2u, RHB Online dan Public Bank Online. - Muat Turun Resit Bayaran
*Selepas buat bayaran, boleh muat turun resit bayaran dan sijil perlindungan (cover note) yang diberikan.
CARA RENEW ROADTAX KERETA
Untuk renew roadtax kereta, anda boleh gunakan akaun yang sama di myeg.com dan ikuti langkah di bawah.
- Pilih Jabatan Pengangkutan jalan
- Klik Butang Road Tax Renewal/Baharui Cukai Jalan
- Isi Maklumat
*Isi semua maklumat yang diminta seperti nombor MyKad, nama, nombor telefon, alamat emel, nombor pendaftaran kereta dan tempoh perbaharui cukai jalan. - Pilih Cara Penghantaran Road Tax
*Pilih cara penghantaran road tax, sama ada anda nak ambil sendiri di pejabat MyEg di Bandar Utama, Kuala Lumpur, atau dihantar ke alamat pilihan anda sama ada di rumah atau pejabat. - Maklumat Road Tax & Kos Dipaparkan
Maklumat road tax dan kos-kos yang terlibat akan dipaparkan. Kalau setuju dan berpuas hati, boleh teruskan untuk buat bayaran dengan klik butang Confirm & Pay. - Buat Bayaran
Untuk buat bayaran, boleh pilih sama ada nak gunakan kad kredit, perbankan internet atau akaun prabayar myeg. - Muat Turun Resit
*Selepas dah buat bayaran, boleh muat turun resit. Dan tunggu roadtax sampai ke alamat yg anda request.
Mudah kan? Selepas tamat PKP ni tak perlu lah bergegas pergi ke pejabat JPJ untuk renew roadtax atau insuran. Kalau pergi confirm ramai orang! Tamatnya PKP tidak bermaksud penularan COVID-19 tamat ya. Sentiasa berwaspada di mana pun kita berada. Jika ada peluang untuk membuat pembayaran online seperti ini, buat sahaja di rumah. Tidak perlu pergi bersesak di luar. Semoga bermanfaat!