Cara Renew Passport Secara Online Melalui MyOnline Passport Tanpa Ke Kaunter

Setelah sekian lama rakyat Malaysia terkurung, mulai 11 Oktober 2021, kerajaan telah mengumumkan kebenaran untuk merentas negeri. Bukan setakat rentas negeri, rakyat Malaysia juga dibenarkan untuk melancong ke luar negara! Namun kerajaan menetapkan syarat rakyat yang ingin merentas negeri atau negara mestilah lengkap dos vaksinasi Covid-19.

Pasti ramai yang terpendam hasrat nak melancong ke luar negara kan? Dah lama sangat tak pergi keluar negara sampai passport pun tamat tempoh! Bagi yang nak pergi ke luar negara pada tahun 2022, anda boleh semak senarai cuti umum dan cuti sekolah sepanjang tahun 2022.

Untuk renew passport, anda boleh buat secara online dengan mudah sekarang! Nak tahu caranya, ikuti perkongsian di bawah.

KEMUDAHAN MYONLINE PASSPORT

MyONLINE* PASPORT adalah satu kaedah sebagai kemudahan kepada warganegara Malaysia membuat permohonan pembaharuan Pasport Malaysia secara atas talian melalui internet. Permohonan atas talian boleh membuat bayaran menggunakan kad kredit atau debit terus (FPX).

Pemohon boleh memilih untuk mengambil pasport di pejabat pengeluar passport yang disenaraikan dalam sistem. Tarikh dan masa pengambilan passport akan ditentukan oleh sistem berdasarkan hari dan masa permohonan dibuat.

TERMA & SYARAT

Semak terma dan syarat yang dinyatakan berikut:

  • Pemohon mesti berumur 13 tahun keatas yang telah dikeluarkan dengan e-pasport (pasport bercip).
  • Pemohon perlu mengisi maklumat yang benar dan tepat di dalam ruangan yang disediakan dalam sistem.
  • Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun: Hanya penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran semasa permohonan yang terdahulu dibenarkan membuat permohonan secara atas talian. Penjaga yang sah perlu hadir di pejabat imigresen semasa pengambilan pasport tersebut. Jika penjaga tidak hadir bersama, pasport tersebut tidak akan diserahkan.
  • Pemohon mesti memuatnaik gambar/foto bersaiz pasport yang terbaharu
  • Bayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit/debit terus (FPX). Kadar bayaran adalah seperti berikut:
    i) Permohonan Biasa 13 – 59 tahun: RM200
    ii) Warga Emas (60 tahun ke atas) RM100
  • Pemohon perlu hadir sendiri untuk mengambil pasport dengan mengemukakan kad pengenalan, pasport sedia ada dan resit bayaran. Tiada wakil dibenarkan.
  • Kegagalan mengemukakan dokumen atau hadir akan menyebabkan pasport tidak akan diserah.
  • Pasport pembaharuan di dalam keadaan biasa sahaja.
  • Buku Pasport mestilah didalam keadaan baik (tidak rosak ,berconteng, terkena air).
  • Pemohon yang pasportnya hilang atau rosak tidak dibenarkan membuat permohonan secara atas talian.
  • Seseorang warganegara yang berada secara tidak sah atau melanggar undang-undang diluar Negara adalah tidak layak untuk membuat permohonan pasport secara atas talian.

CARA RENEW PASSPORT SECARA ONLINE

Berikut adalah panduan membuat pembaharuan passport antarabangsa secara online melalui MyOnline Passport:

  1. Pergi ke pautan https://imigresen-online.imi.gov.my/
  2. Baca maklumat yang dinyatakan dan klik SETUJU
  3. Lengkapkan maklumat yang diminta dan buat pembayaran secara atas talian

Lengkapkan pembayaran dan permohonan sehingga selesai. Pemohon boleh memilih untuk mengambil pasport di pejabat pengeluar passport yang disenaraikan dalam sistem. Tarikh dan masa pengambilan passport akan ditentukan oleh sistem berdasarkan hari dan masa permohonan dibuat.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma