Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Renew Lesen Kenderaan Secara Online Bermula 9 Oktober

Oleh Cikgu Shaari • October 2, 2020 • 2 min baca

Renew Lesen Kenderaan Secara Online Bermula 9 Oktober
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Tidak perlu bersusah payah tunggu giliran dan pergi ke Pejabat Pos atau kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) lagi selepas ini untuk memperbaharui lesen kenderaan!

JPJ telah mengumumkan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) motosikal dan Lesen Memandu Kompeten (CDL) boleh dilakukan secara atas talian melalui Sistem myEG.

Baca lebih lanjut di perkongsian bawah.

PEMBAHARUAN LESEN SECARA ONLINE

Menurut pengumuman JPJ, pembaharuan Lesen Kenderaan motor (LKM) secara atas talian melalui sistem myEG akan dilaksanakan bermula 9 Oktober 2020.

Sementara itu, bagi Lesen Memandu Kompeten (CDL) pula akan dilaksanakan secara atas talian bermula 19 Oktober 2020. Ini tidak termasuk Lesen Belajar Memandu (LDL) dan Lesen memandu Percubaan (PDL).

SISTEM YANG LEBIH CEKAP

Pelaksanaan ini merupakan suatu inisiatif kerajaan untuk mendigitalisasikan perkhidmatan sedia ada kepada orang ramai selaras dengan amalan norma baharu yang praktikal.

Pada waktu ini, perkhidmatan atas talian melalui sistem myEG adalah bagi urusan pembaharuan LKM bagi kereta persendirian sahaja. Pada tempoh Perintah Kawalan pergerakan yang lalu, beberapa perkhidmatan JPJ telah terganggu disebabkan penutupan kaunter JPJ akibat pandemik Covid-19 yang berleluasa.

Baca juga: Cara Renew Roadtax Paling Mudah Tanpa Ke JPJ & Tak Perlu Jumpa Ejen. Sekejap Dah Siap!

Justeru, melalui insisiatif ini perkhidmatan JPJ akan menjadi lebih cekap dan mampan bagi memastikan kelangsungan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat.

Panduan untuk memperbaharui lesen memandu secara online akan menyusul setelah dibuka nanti.

Bagi yang berhasrat untuk mendaftar lesen memandu, anda boleh semak harga semasa pendaftaran lesen memandu DI SINI.

Renew Lesen Secara Online Bermula 16 Oktober1

Renew Lesen Secara Online Bermula 16 Oktober1

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.