Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) • Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) •

Harga Daftar Lesen Memandu Kereta & Motosikal Terkini 2021

Oleh Cikgu Shaari • September 30, 2020 • 2 min baca

Harga Daftar Lesen Memandu Kereta & Motosikal Terkini 2021
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Ketahui harga bayaran untuk Pembelajaran dan Latihan untuk mendapatkan lesen memandu kereta dan motosikal yang terkini tahun 2021 bagi yang bercadang untuk mendapatkan lesen memandu setelah cukup umur. Harga yang dikongsikan ini adalah berdasarkan struktur kadar harga di Institut Memandu.

Anda sudah mencapai 16 tahun dan melepasi usia mengikut tarikh lahir? Anda kini layak mendapatkan lesen motosikal B2 ataupun superbike BFull kuasa 500cc.

Sekiranya anda sudah cukup umur 17 tahun pula, anda layak mendapatkan lesen memandu kereta sama ada transmisi automatik ataupun manual.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui harga terkini kelas lesen memandu.

HARGA LESEN MEMANDU KERETA & MOTOSIKAL TERKINI 2021

Untuk makluman anda, harga yang ditawarkan mungkin berbeza setiap Institut Memandu kerana terdapat kos operasi, sewa kenderaan, pekerja sokongan dan sebagainya bagi memastikan pelajar mendapat pembelajaran terbaik.

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) melalui Jawatankuasa Pelesenan Institusi Memandu (JKPIM) telah menetapkan Harga Siling bagi Struktur Kadar Yuran Pembelajaran Dan Latihan Pemanduan di Institut Memandu (IM) untuk pengguna jalan raya mendapatkan lesen memandu yang sah.

Harga Lesen Memandu

Motosikal:

  • B2: Lesen Motosikal Tidak Melebihi
    Harga Siling: RM350
    Anggaran Harga: RM350 hingga RM450
  • B: Lesen Motosikal Melebihi 500cc
    Harga Siling: RM900
    Anggaran Harga: RM900 hingga RM1,100

Kereta:

  • D: Lesen Kereta Transmisi Manual
    Harga siling: RM1,150
    Anggaran harga: RM1,150 hingga RM1,300
  • DA: Lesen Kereta Transmisi Automatik
    Harga siling: RM1,250
    Anggaran harga: RM1,250 hingga RM1,500

HARGA SILING VS ANGGARAN HARGA

Harga Siling

Harga siling adalah harga Struktur Kadar Yuran Pembelajaran Dan Latihan Pemanduan di Institut Memandu (IM) yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Anggaran Harga

Anggaran harga adalah maklumat lingkungan harga munasabah sekiranya Institut Memandu mengenakan Struktur Kadar Yuran Pembelajaran Dan Latihan Pemanduan lebih tinggi daripada harga siling yang dinyatakan. Sekiranya harga yang dikenakan lebih tinggi daripada anggaran harga yang dinyatakan, lebih baik anda membuat tinjauan di Institut Memandu lain yang mungkin lebih murah.

Biasanya caj tambahan dikenakan apabila institusi memandu perlu mengambil dan menghantar pelajar untuk sesi latihan.

Sekiranya anda tidak mahu dikenakan caj yang mahal, lebih baik anda buat survey harga di institusi memandu yang ada terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk daftar.

Semoga bermanfaat!

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.