Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Bagaimana Dengan Rekod CCRIS Anda Sepanjang PKP Penangguhan Bayaran Balik Berlangsung? Baca Ini

Oleh Cikgu Shaari • April 3, 2020 • 2 min baca

Bagaimana Dengan Rekod CCRIS Anda Sepanjang PKP Penangguhan Bayaran Balik Berlangsung? Baca Ini
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Pasti ramai yang sudah sedia maklum bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) dan pihak PTPTN telah mengumumkan penangguhan bayaran balik pinjaman sempena berlangsungnya wabak atau pandemik COVID-19 yang melanda negara kita.

Dalam usaha meringankan beban peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) susulan penularan wabak COVID-19, kerajaan mengambil langkah membenarkan penangguhan bayaran balik selama enam bulan.

Namun bagi peminjam yang ada tersangkut dengan rekod CCRIS, pasti anda keliru bagaimana rekod anda sepanjang penangguhan bayaran balik ini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui status rekod CCRIS peminjam sepanjang tempoh penangguhan bayaran balik.

BAGAIMANA DENGAN REKOD CCRIS SEPANJANG PENANGGUHAN BAYARAN BALIK?

Untuk makluman anda, rekod CCRIS peminjam adalah sama seperti sebelum penangguhan dilaksanakan kerana tempoh penangguhan dianggap tempoh moratorium. Walau bagaimanapun, sekiranya peminjam masih meneruskan pembayaran balik, rekod akan dikemas kini berdasarkan bayaran yang dibuat.

Seperti yang kita tahu penstrukturan semula pinjaman akan dilakukan selepas penangguhan bayaran balik COVID-19. Namun penstrukturan semula pinjaman tidak akan memberi kesan kepada rekod peminjam di CCRIS selagi mana peminjam tidak mempunyai tunggakan terdahulu.

Bagaimana Dengan Rekod CCRIS Anda Sepanjang Penangguhan Bayaran Balik Berlangsung? Baca Ini

Jadi peminjam yang memilih untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman tidak perlu bimbang kerana ia tidak akan menjejaskan rekod Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) masing-masing.

Semoga perkongsian ini jelas menjawab persoalan peminjam yang mempunyai masalah ini.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.