Rayuan BPR 2021 Dibuka Sehingga 30 Jun 2021. Ini Cara Buat Rayuan BPR Secara Online
Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) adalah sebuah inisiatif bantuan langsung yang diumumkan di dalam Belanjawan 2021, bagi memanfaatkan golongan B40. Fasa 1 pembayaran BPR berjumlah RM1.93 bilion telahpun dibayar kepada 8.4 juta penerima dari 24 Februari sehingga 1 April 2021.
Kini, Fasa 2 BPR menyusul untuk memanfaatkan jumlah penerima yang sama merangkumi 3.6 juta isi rumah, 1.0 juta warga emas (bujang/ tiada pasangan) dan 3.8 juta individu bujang. Mereka akan menerima bayaran secara berperingkat mulai 7 Mei 2021 yang melibatkan peruntukan berjumlah RM2.75 bilion.
Orang ramai boleh buat semakan kadar bayaran setiap fasa mengikut kategori bagi ketahui jumlah bayaran yang diterima secara berperingkat. Bagi yang tidak lulus, anda boleh buat permohonan melalui laman yang disediakan.
Isi Kandungan
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN
Sekiranya anda telah membuat permohonan BPR 2021, anda boleh buat semakan status permohonan mulai 7 Mei 2021 di pautan berikut:
PERMOHONAN RAYUAN BPR 2021
Bagi memastikan program BPR disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan akan dibuka pada:
- Tarikh rayuan BPR 2021: 15 Jun 2021 sehingga 30 Jun 2021
Permohonan rayuan BPR 2021 yang akan dibuka nanti boleh dibuat di pautan berikut:
Dengan adanya proses rayuan ini, sebahagian daripada mereka yang telah ditolak permohonannya masih diberi peluang untuk mengemukakan rayuan beserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh LHDN.
Tarikh bayaran bagi pemohon yang telah membuat rayuan masih belum dimaklumkan. Jadi orang ramai diminta sabar untuk menunggu keputusan semakan.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh terus kewangan LHDN berdekatan.