Kerja 6 Hari Seminggu Masih Normal? Ini Cara Jawab Soalan Temuduga Yang Ramai Calon Tersalah Jawab •Waktu Terbaik Mohon Kerja Tahun 2026: Ramai Tak Sedar Timing Resume Boleh Pengaruhi Peluang Dipanggil Interview •Resume Bahasa Inggeris Kini Jadi Keperluan? Ini Waktu Terbaik Hantar Resume Untuk Mohon Kerja Tahun 2026 •Suka Kucing? Ini Cara Jadikan Minat Anda Sebagai Kerjaya Dan Sumber Pendapatan Di Malaysia •Jumpa IC Orang Jangan Terus Upload Di Facebook, Ini Risiko Yang Ramai Tak Sedar • Kerja 6 Hari Seminggu Masih Normal? Ini Cara Jawab Soalan Temuduga Yang Ramai Calon Tersalah Jawab •Waktu Terbaik Mohon Kerja Tahun 2026: Ramai Tak Sedar Timing Resume Boleh Pengaruhi Peluang Dipanggil Interview •Resume Bahasa Inggeris Kini Jadi Keperluan? Ini Waktu Terbaik Hantar Resume Untuk Mohon Kerja Tahun 2026 •Suka Kucing? Ini Cara Jadikan Minat Anda Sebagai Kerjaya Dan Sumber Pendapatan Di Malaysia •Jumpa IC Orang Jangan Terus Upload Di Facebook, Ini Risiko Yang Ramai Tak Sedar •

Ramai Ibu Bapa Cadang Tangguh Persekolahan Hingga Malaysia BEBAS COVID-19 Sepenuhnya. Apa Kata Anda?

Oleh Cikgu Shaari • April 6, 2020 • 3 min baca

Ramai Ibu Bapa Cadang Tangguh Persekolahan Hingga Malaysia BEBAS COVID-19 Sepenuhnya. Apa Kata Anda?
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Seperti yang kita semua sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepatutnya bakal berakhir 14 April ini. Namun, kita masih menunggu pengumuman oleh kerajaan sama ada PKP ini akan dilanjutkan lagi atau tidak.

Jika PKP tamat sehingga 14 April seperti yang ditetapkan, orang ramai akan menjalani kehidupan bekerja dan persekolahan seperti biasa. Tamatnya PKP tidak bermakna kita selamat untuk terus berada di luar kerana penularan wabak COVID-19 masih lagi belum pasti sampai ke tahap mana.

Oleh disebabkan hal itu, ramai ibu bapa berpendapat bahawa sesi persekolahan perlu ditunda sehingga kes COVID-19 di negara kita betul-betul reda kerana risaukan keselamatan dan kesihatan anak-anak mereka.

APA KATA MENTERI PENDIDIKAN?

Ekoran dengan pelbagai cadangan dan pandangan diberikan oleh ibu bapa, Dr Radzi Jidin di laman media sosialnya telah membuka peluang untuk para ibu bapa, guru dan rakyat Malaysia untuk terus suarakan pandangan mereka.

Ramai Ibu Bapa Cadang Tangguh Persekolahan Hingga Malaysia BEBAS COVID-19 Sepenuhnya. Apa Kata Anda?

Melalui laman Facebooknya, beliau menyatakan bahawa beliau mengalu-alukan pandangan berkitan pembukaan semula sesi persekolahan. Melalui post yang telah dikongsikan oleh beliau, terdapat lebih 3 ribu komen dan hampir 4 ribu perkongsian di media sosial.

Pelbagai pandangan telah dikongsikan oleh para ibu bapa dan guru di ruangan komen tersebut.

PANDANGAN IBU BAPA DAN GURU

Kesihatan & Keselematan Perlu Diutamakan

Aspek utama yang menjadi kebimbangan para ibu bapa adalah keselamatan dan kesihatan anak-anak apabila menghadiri sekolah. Menurut mereka, selagi penularan wabak COVID-19 tidak berakhir, selagi itulah mereka akan berasa bimbang untuk menghantar anak-anak ke sekolah.

Walaupun pembelajaran online masih boleh diteruskan, namun mungkin ia kurang praktikal bagi sesetengah subjek atau bagi mereka yang tidak mendapat akses internet.

Ramai Ibu Bapa Cadang Tangguh Persekolahan Hingga Malaysia BEBAS COVID-19 Sepenuhnya. Apa Kata Anda?

Ramai Ibu Bapa Cadang Tangguh Persekolahan Hingga Malaysia BEBAS COVID-19 Sepenuhnya. Apa Kata Anda?

Gantikan Cuti Akhir Tahun Dengan Sesi Persekolahan

Ada juga ibu bapa yang bercadang untuk menggantikan cuti akhir tahun dengan sesi persekolahan bagi membolehkan anak-anak menghabiskan silibus yang terpaksa ditangguh ketika tempoh PKP kerana pembelajaran tetap penting.

Ada juga yang berpendapat bahawa tangguhkan peperiksaan utama dahulu seperti SPM dan PT3 kerana tempoh PKP telah membuatkan banyak pelajar ketinggalan pelajaran.

Jika dilihat, rata-rata ibu bapa dan juga guru tidak mahu risikokan anak-anak untuk pergi ke sekolah selagi penularan wabak COVID-19 tidak berakhir. Menurut mereka, walaupun PKP tamat pada tempoh yang ditetapkan, mereka tidak akan hantar anak-anak mereka ke sekolah.

Setiap pandangan dan cadangan yang diberikan di ruangan komen laman sosial Dr Radzi Jidin tersebut adalah diambil kira dan bakal dibincangkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) agar keputusan yang terbaik dapat dicapai.

Namun, jika anda mempunyai cadangan atau pandangan, anda juga berhak untuk suarakannya di ruangan komen yang boleh dibuat melalui laman Facebook Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau Dr Radzi Jidin.

Semoga penularan wabak COVID-19 di negara kita tidak berpanjangan supaya semua orang boleh menjalani kehidupan harian seperti biasa.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.