Qaseh Biz-i Bank Rakyat: Mohon Pakej Pembiayaan Sehingga RM3juta Buat Usahawan Wanita

Berita baik buat usahawan wanita yang ingin terus berkembang dalam bidang perniagaan! Bank Rakyat kini menawarkan pakej pembiayaan khusus untuk usahawan wanita melalui Qaseh Biz-i.
Qaseh Biz-i menawarkan pakej pembiayaan sehingga RM3 juta bagi membantu para usahawan wanita memperkasakan bidang perniagaan mereka. Dengan Qaseh Biz-i, kini tiada alasan lagi untuk usahawan wanita untuk terus bergerak ke hadapan tambahan pada tempoh gentir pandemik Covid-19 ini.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Qaseh-Biz Bank Rakyat.
Isi Kandungan
QASEH BIZ-I BANK RAKYAT
Qaseh Biz-i Bank Rakyat merupakan satu pembiayaan yang disediakan khas untuk usahawan wanita dengan matlamat untuk:
- Membantu usahawan wanita meluaskan perniagaan
- Membantu membangunkan semula perniagaan yang jatuh akibat tempoh mencabar Covid-19
- Memberi peluang usahawan wanita untuk terus maju dalam bidang perniagaan
CIRI-CIRI QASEH BIZ-i BANK RAKYAT
Antara ciri-ciri pembiayaan Qaseh Biz-i yang disediakan oleh Bank Rakyat adalah:
- Pakej pembiayaan istimewa untuk usahawan wanita
- Tempoh pembiayaan sehingga 7 tahun
- Jumlah pembiayaan sehingga RM3 juta
- Jaminan pembiayaan sehingga 80% oleh SJPP
- Fi jaminan serendah 0.75 setahun
*Tertakluk Terma & Syarat
KEMUDAHAN TAMBAHAN & PERKHIDMATAN
Melalui Qaseh Biz-i, pelanggan juga layak untuk mendapatkan kemudahan tambahan produk dan perkhidmatan berikut:
- Takaful Amani Plus Plac C (Kemalangan Diri)
- eCA-i (Akaun Semasa i-Elektronik)
- ibizRAKYAT (Sistem pengurusan tunai)
- Dilantik sebagai rakan dagang Bank Rakyat dan menerima satu alat Terminal Pembayaran Kad (POS)
CARA MOHON PEMBIAYAAN QASEH BIZ-i
Sekiranya anda merupakan usahawan wanita yang berminat untuk mendapatkan pembiayaan Qaseh Biz-i, anda boleh buat permohonan pembiayaan Qaseh Biz-i dengan:
- Hadir ke kaunter Bank Rakyat dan nyatakan anda ingin buat permohonan Qaseh Biz-i
- Lengkapkan borang yang diberikan kepada anda
Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai skim pembiayaan Qaseh Biz-i, anda boleh hubungi Bank Rakyat melalui saluran berikut:
- Laman web: https://www.bankrakyat.com.my/
- Tel: 1-300080-5454
- Email: telerakyat@bankrakyat.com.my