Permohonan i-Sinar Tidak Lulus? Ini Penjelasan Punca Tidak Lulus Oleh KWSP

Setakat 4 Januari 2021, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah meluluskan 2.5 juta permohonan i-Sinar daripada jumlah keseluruhan sebanyak 3.88 juta, sejak permohonan dibawah Kategori 1 dibuka bermula 21 Disember 2020.

Jumlah pengeluaran yang diluluskan adalah sebanyak RM19.62 bilion, dengan pembayaran bulan pertama berjumlah RM10.07 bilion, yang telah dibuat secara berperingkat bermula 5 Januari 2021.

Daripada jumlah keseluruhan 3.88 juta permohonan, ada segelintir yang TIDAK DILULUSKAN bagi kategori 1 atas beberapa faktor.

Baca juga: Bayaran i-Sinar: Semak Tarikh Bayaran Pertama & Ansuran Bulanan Secara Online Dengan Langkah Mudah Ini

PERMOHONAN BELUM DILULUSKAN

KWSP maklum bahawa sebahagian besar daripada 1.4 juta permohonan masih BELUM DILULUSKAN. Golongan ini tidak bermakna tidak boleh mohon i-Sinar, tetapi tidak lulus bagi ketagori 1.

  • Anda masih boleh mohon i-sinar dalam kriteria Kategori 2 yang dibuka pada 11 Januari 2021 nanti
  • Sila sediakan dokumen berkaitan untuk dimuat naik di i-Sinar Online

Permohonan yang belum diluluskan TIDAK PERLU membuat permohonan baharu nanti. Anda hanya diminta untuk muat naik dokumen sokongan di laman semakan.

Baca: Cara Muat Naik Dokumen Sokongan Bagi Permohonan Kategori 2

PUNCA PERMOHONAN TIDAK LULUS

Daripada jumlah keseluruhan 3.88 juta permohonan diterima, 701 permohonan tidak dapat diluluskan atas beberapa faktor seperti:

  • Perbezaan nombor akaun bank
  • Permohonan yang dibuat untuk ahli yang telah meninggal dunia
  • Ahli telah pun berumur 55 tahun dan layak untuk mengeluarkan kesemua simpanan KWSP mereka
  • Tidak memenuhi kriteria kelayakan

KWSP memberi jaminan kepada ahli bahawa setiap aspek keselamatan telah diambil bagi mengelakkan pihak ketiga atau scammers yang tidak bertanggungjawab daripada membuat permohonan palsu dan menjejaskan simpanan persaraan ahli.

KWSP juga ingin menasihatkan ahli untuk tidak berkongsi gambar atau dokumen-dokumen berkaitan permohonan i-Sinar mereka di platform media sosial, kerana ia boleh mendedahkan mereka kepada penipuan dan aktiviti scam.

Baca: KWSP Beri Peringatan Waspada 5 Jenis “Scam i-Sinar” Yang Sedang Berleluasa Ini. Sila Alert

KWSP Jelaskan Punca Permohonan i-Sinar Kategori 1 Tidak Lulus

 

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma