Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

PROTON Young Talent Programme: Tawaran Program Latihan Proton Terbuka Buat Graduan Pelbagai Bidang

Oleh Cikgu Shaari • June 13, 2022 • 2 min baca

PROTON Young Talent Programme: Tawaran Program Latihan Proton Terbuka Buat Graduan Pelbagai Bidang
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

PROTON Young Talent Programme merupakan program pembangunan landasan pantas yang direka untuk graduan muda yang berpotensi tinggi bagi meningkatkan kecekapan pekerjaan di peringkat awal kemasukan kerja.

Ia merupakan program pembangunan komprehensif setahun yang menggunakan pendekatan pembelajaran campuran yang memberikan pendedahan kepada operasi PROTON. Graduan yang berminat nak bina kerjaya melalui program ini, jangan lepaskan peluang! Pastikan anda buat permohonan segera.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama majikan: PROTON Malaysia
  • Nama program: PROTON Young Talent Programme
  • Tempoh program: 12 bulan (1 tahun)
  • Kemasukan: Sesi Jun dan September 2022

PROTON YOUNG TALENT PROGRAMME

Perintis industri automotif Malaysia, PROTON kini berminat untuk memanfaatkan kepimpinan mereka dan menjadikan jenama mereka sebagai satu kepentingan global. Untuk membantu mereka mempercepatkan aspirasi ini, PROTON mencari calon-calon muda yang dinamik tanpa gentar menghadapi cabaran sebegitu besar.

Program Bakat Muda PROTON yang memberikan latihan korporat berstruktur dalam tempoh 12 bulan untuk membina dan membangunkan pelbagai set kemahiran dan kecekapan. Selain itu, calon akan diperkenalkan kepada pelbagai unit korporat dalam PROTON untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan pengalaman kerja am mereka.

KELEBIHAN PROGRAM

Antara kelebihan mengikuti program ini adalah:

  • Lampiran kerja pelbagai fungsi selama satu tahun
  • Program pembangunan berstruktur selama 1 tahun
  • Online E-Learning Platform
  • Tugasan berasaskan projek
  • Dibimbing oleh pemimpin berpengalaman
  • Pendedahan antarabangsa/ luar negara

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran program adalah terbuka kepada graduan yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Graduan baru yang tamat pengajian dengan minima CGPA 3.50
  • Berumur 25 tahun dan ke bawah
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau memperoleh keputusan 6A dan ke atas
  • Aktif dalam aktiviti extra co-curricular
  • Kemahiran bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris yang baik. Mampu bertutup dalam Mandarin adalah satu kelebihan
  • Sikap yang positif

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dengan program ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan secara online bagi kemasukan Jun dan September. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi butiran dan hantarkan resume melalio laman berikut:

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.