Permohonan Protege Ready To Work SSM 2023 Dibuka: Elaun Bulanan RM2000 Buat Graduan
Pengambilan peserta PROTEGE-Ready To Work di Syarikat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ambilan Mac 2023 kini dibuka. Graduan yang berminat boleh melengkapkan permohonan di ruangan yang disediakan selewat-lewatnya 6 Januari 2023.
SSM ingin mengalu-alukan graduan warganegara yang berkelayakan untuk menyertai Program Protege dengan elaun bulanan RM2000. Permohonan dibuka kepada individu yang memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang diiktiraf.
Ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan dan info lanjut permohonan Protege SSM.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Nama Majikan: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Nama jawatan: Protege – Ready To Work (RTW)
- Kemasukan: Mac 2023
- Penempatan: Menara SSM@ KL Sentral
- Tarikh tutup permohonan: 6 Januari 2023
SYARAT KELAYAKAN
Antara syarat kelayakan yang ditetapkan untuk mengikuti Program Protege yang ditawarkan adalah:
- Graduan Warganegara Malaysia
- Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang diiktiraf
- Aktif dalam bidang sukan/ kokurikulum
- Keutamaan kepada graduan bidang berikut:
– Undang-undang
– Perakaunan
– Sains Komputer
– Pengurusan Projek
– Sains Aktuari
– Pentadbiran Perniagaan
– Komunikasi Massa
– Ekonomi
– Sumber Manusia
– Reka Bentuk Grafik
– Lain-lain bidang pengajian yang setara dengan keperluan SSM
KEMUDAHAN DISEDIAKAN
Graduan yang mengikuti Program Protege SSM akan memperoleh kemudahan berikut:
- Elaun bulanan: RM2000
- Cuti tahunan
- Caruman PERKESO
- Rawatan hospital kerajaan (pesakit luar)
- Cuti Sakit – dikira sebagai Cuti Tanpa Gaji
CARA MOHON
Sekiranya anda merupakan graduan dalam bidang-bidang yang dinyatakan di atas dan berminat untuk menyertai program Protege di Syarikat SSM, anda boleh mohon selewat-lewatnya 6 Januari 2023. Klik pautan berikut untuk mohon:
Terdapat 5 bahagian dan kesemua maklumat adalah wajib untuk dilengkapkan. Permohonan yang lengkap sahaja akan diproses dan calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk ke sesi temuduga.
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi pegawai bertugas di talian 03 22994944/ 4543/ 5322 atau emel ke alamat protege@ssm.com.my.