Permohonan Protege Ready To Work SSM Dibuka: Elaun Bulanan RM2000 Buat Graduan

Pengambilan peserta PROTEGE-Ready To Work di Syarikat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ambilan Februari 2021 kini dibuka. Graduan yang berminat boleh melengkapkan permohonan di ruangan yang disediakan selewat-lewatnya 30 November 2020.

SSM ingin mengalu-alukan graduan warganegara yang berkelayakan untuk menyertai Program Protege dengan elaun bulanan RM2000.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan dan info lanjut permohonan Protege SSM.

SYARAT KELAYAKAN

Antara syarat kelayakan yang ditetapkan untuk mengikuti Program Protege yang ditawarkan adalah:

  • Graduan Warganegara Malaysia
  • Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang diiktiraf
  • Aktif dalam bidang sukan/ kokurikulum
  • Keutamaan kepada graduan bidang berikut:
    – Perakaunan
    – Perundangan
    – Pengurusan/Pentadbiran Perniagaan
    – Sumber Manusia
    – Pengurusan Projek
    – Reka Bentuk & Grafik
    – Sains Komputer (Perisian/pengaturcaraan/keselamatan/rangkaian)
    – Data Analitik
    – Komunikasi Media
    – Komunikasi Korporat
    – Teknologi Maklumat
    – Teknologi Komunikasi
    – Multimedia
    – Pemasaran
    – Ekonomi

KEMUDAHAN DISEDIAKAN

Graduan yang mengikuti Program Protege SSM akan memperoleh kemudahan berikut:

  • Elaun bulanan: RM2000
  • Cuti tahunan
  • SOCSO
  • Rawatan Hospital Kerajaan (Pesakit luar)

CARA MOHON

Sekiranya anda merupakan graduan dalam bidang-bidang yang dinyatakan di atas dan berminat untuk menyertai program Protege di Syarikat SSM, anda boleh mohon selewat-lewatnya 30 November 2020. Klik pautan berikut untuk mohon:

Terdapat 5 bahagian dan kesemua maklumat adalah wajib untuk dilengkapkan. Permohonan yang lengkap sahaja akan diproses dan calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk ke sesi temuduga.

Permohonan Protege Ready To Work SSM Dibuka: Elaun Bulanan RM2000 Buat Graduan

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma