Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Senarai Jawatan Kerajaan Yang Boleh Dimohon Guna Sijil Matrikulasi & Syarat Kelayakan Bagi Pelantikan

Oleh Cikgu Shaari • January 4, 2023 • 2 min baca

Senarai Jawatan Kerajaan Yang Boleh Dimohon Guna Sijil Matrikulasi & Syarat Kelayakan Bagi Pelantikan
Visual Archive // 2023
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Berkuatkuasa mulai Januari 2017, Kerajaan telah bersetuju supaya pelajar lulusan Program Matrikulasi KPM yang dianugerahkan Sijil Matrikulasi KPM diberi peluang untuk memohon berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam. Sehubungan itu, peringkat kemasukan bagi pemegang kelayakan Sijil Matrikulasi KPM ke dalam Perkhidmatan Awam ditetapkan pada gred 29 dalam 39 skim perkhidmatan berkaitan.

Gaji permulaan untuk calon yang memiliki kelayakan Sijil Matrikulasi KPM adalah pada gaji minima dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum skim perkhidmatan yang berkaitan. Walau bagaimanapun, calon masih lagi tertakluk kepada asas tapisan yang akan ditentukan oleh Suruhanjaya sebelum layak ke peringkat ujian dan temu duga.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kelayakan Sijil Matrikulasi KKM bagi pelantikan ke Perkhidmatan Awam.

KRITERIA YANG PERLU DIPENUHI

Pelajar lulusan Program Matrikulasi KPM yang dianugerahkan Sijil Matrikulasi KPM yang memenuhi kriteria berikut boleh memohon:

  • PNGK 2.00 dan ke atas; dan
  • Lulus semua mata pelajaran wajib
  • Permohonan tertakluk kepada Dasar One-Step Lower (Permohonan setaraf Diploma TIDAK LAYAK memohon jawatan bertaraf PT3/ PMR/ SRP)

KELAYAKAN SIJIL MATRIKULASI KPM BAGI PELANTIKAN KE PERKHIDMATAN AWAM

Anda boleh semak senarai jawatan/ skim perkhidmatan dan syarat kelayakan Sijil Matrikulasi KPM bagi pelantikan ke perkhidmatan awam:

TATACARA MOHON JAWATAN DI SPA9

Berikut adalah panduan untuk buat permohonan jawatan bertaraf diploma bagi pemegang Sijil Matrikulasi daripada Kementerian Pelajaran Malaysia:

Beruntung lulusan Sijil Matrikulasi sekarang kerana dah diiktiraf dan boleh digunakan untuk mohon jawatan dalam Perkhidmatan Awam. Sebelum ini, kerajaan tidak iktiraf ya! Pastikan anda guna sebaiknya Sijil Matrikulasi yang anda ada untuk mohon jawatan dalam Perkhidmatan Awam.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.